Terkini Viral

Mak Nyah Kena Denda RM1,800 Akibat Cakap "Hai Abang, Jom Hotel" Kepada Anggota Polis

loading...

Ini mungkin padahnya bila bertanya soalan yang salah kepada orang yang salah. Pada 31 Julai yang lalu, seorang lelaki yang berpakaian seperti wanita telah membuat kesilapan yang membawa padah. 

'Mak Nyah' tersebut telah menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis. Kejadian ini berlaku di Jalan Berangan, Bukit Bintang seperti yang dilaporkan oleh MMO. 

Ketika kejadian, Mak Nyah tersebut dengan nama penuhnya Ismaley Bihaki sedang berdiri di kaki lima di hadapan sebuah restoran vietnam pada jam 4.50 pagi apabila seorang anggota polis, Roslin Ahmad Fuad melalui tempat yang sama. 

Tidak tahu lelaki tersebut seorang polis, mak nyah tersebut berkata: 

"Hai Abang, Jom Hotel, RM100"

Disebabkan itu, Ismaley ditimpa kesusahan apabila dia didakwan oleh mahkamah majistret dua hari kemudiannya yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda. Ismaley merupakan anak bongsu di antara empat beradik dan diwakili oleh peguam S Narasimhan. 

Peguam Ismaley juga merayu untuk dikenakan hukuman yang lebih ringan kerana ini adalah kesalahan pertamanya. Ismaley yang berambut paras bahu memakai baju putih dengan skirt jeans juga mengaku bersalah. Setelah hukuman dijatuhkan Ismaley didenda RM1,800 dan tidak dikenakan hukuman penjara. - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.