Aku Doktor. Satu Hari Aku Jadi Pesakit. Barulah Tau Betapa Azabnya Bila Tiba2 …. | Thanks admin sebab approve luahan hati saya. Nama saya Doktor Ziyad. Saya bertugas di hospital kerajaan. Kerap bermain futsal. Malang menimpa saya bila mengalami kecederaan sebab terjatuh kerana permukaan basah. Scan MRI mendapati saya terputus urat dilutut (ACL) dan memerlukan pembedahan.
PEMBEDAHAN LUTUT ACL
Sebelum-sebelum ni saya selalu tak faham kenapa la pesakit asyik mengada-ngada bila sedang dirawat. Tapi pengalaman dibedah ni telah buka mata saya.
Pembedahan pertama berjaya tapi sakit perit cukup terasa bila melakukan rehabilitasi di pusat physioterapi hospital. Allah Allah Allah sakit cukup menyiksa terutama masa duduk atas mesin PCM (passive continous machine).
Walau dua jenis ubat tahan sakit ditelan tetapi tetap perit ketika melakukan rehab. Dua jenis ubat tahan sakit yg power iaitu celebrex dan tramal tetap tak beri kesan.
Selepas saya mengadu beberapa kali barulah sebuah mesin nama TENS yg kecil diberi utk saya pakai di lutut. Berbanding makan ubat, mesin TENS yg diguna masa rehab tu banyak membantu saya dalam melupakan sakit lutut ini. Betul tak tipu. Memang lain rasanya.
KENA BEDAH LAGI KALI KEDUA
Manusia punya asa, Allah punya kuasa. Takdir Allah, beberapa minggu kemudian saya mendapat arthrofibrosis pulak (parut yg terjadi dlm lutut) yg memerlukan pembedahan kedua. Tak tahu nak respons apa. Nak tolak, memang tak boleh. Nak tak nak terpaksa la harungi azab kali kedua pula.
Setelah selesai pembedahan kedua, untuk buatkan parut lutut tak jadi semula, saya harus menjalani rehab hampir setiap hari. Sakit ketika rehab kalau tak menangis memang tak wajib lah. Perasaan kejang otot paha sgt2 menyiksa walau ubat tahan sakit dah ditelan.
Tiga minggu lepas bedah kali kedua tu baru saya diberi ubat myonal untuk melembutkan otot. Ubat ni digunakan oleh pesakit stroke juga.
KEPUTUSAN BELI MESIN FISIOTERAPI SENDIRI
Namun penggunaan TENS dalam melupakan sakit lutut dan kejang paha tetap banyak membantu semasa saya berada di unit physioterapi. Dan saya rasa why not beli je satu sebab saya memang sangat2 memerlukan. Saya akhirnya cuba untuk membeli TENS ni, banyak syarikat yang edar TENS di hospital mahal belaka terutama yang jenis digital.
Harga digital paling murah pun rm700 ke atas. Tapi mungkin rezeki saya kot, nasib baik saya jumpa Doktor Hazrul di kliniknya di Mergong Kedah. Dia ada bekal alat2 TENS ni. Jenama TENS dia ialah MESS. Saya guna hingga sekarang untuk mengelak kekejangan otot paha dan sakit lutut.
Saya beri seunit alat MESS tu kat mak yg selalu juga sakit lutut akibat tua. Tapi dia selalu guna untuk belakang badan dia. Sedap katanya. Macam mesin urut.
Pernah saya pi rumah pakcik di Ruat Kedah, saya suruh dia guna MESS untuk sakit bahu dia. Ada ke patut pakcik saya kata MESS ni ada dijual di kaki lima harga rm30 ke rm50. Itu BUKAN TENS yg doktor guna, itu mainan ja, bukan sejenis mesin yg diguna dihspital dan pusat physio.
PAKCIK MINAT UNTUK CUBA
Tapi last2 dia setuju gak untuk saya saja demo kat dia. Sapa nak halang kalau anak buah dia seorng doktor suruh pakai TENS ni, akhirnya dua tiga kali pakai sakit bahu dia pun ok.
Pada pandangan saya TENS perlu di buat sewa beli seperti di united kingdom. Disana TENS disewa untuk ibu ibu yg sakit pinggang semasa dan selepas mengandung. TENS patut ada untuk org yg lepas stroke kerana membantu mereka dalam menjaga otot dari kecut dan mengelak otot tegang dan berat.
Saya dulu belajar tentang TENS semasa mengambil jurusan perubatan di Ireland, tapi kini lebih menghargainya bila saya sendiri menjadi pesakit. Kegunaan TENS ini meluas terutama sbg penganti ubat tahan sakit bagi mereka yg tak boleh mengambil ubat kerana masalah buah pinggang. TENS jenama MESS cukup bagus kerana ada mode urut yg mak saya suka.
RAMAI YANG PUNYAI MASALAH MACAM SAYA JUGA RUPANYA
Sekali tu saya ada bawa MESS ni ke masjid, selepas selesai ceramah, beberapa jemaah datang bertanya. Saya jawab ini mesin TENS diguna di hospital utk sekian sekian penyakit. Saya set TENS jenama MESS ini ke set urut iaitu Mode B dengan rate 50 dan width 200, hal ini membuat tok imam taman saya cakap kalah mesin ogawa atau gintell. Hahaha.
Kini mesin MESS saya bawa ke klinik di hospital tmpt saya bertugas. Setiap klinik swasta persendirian di malaysia perlu ada mesin ini sebagai mana mesin nebulizer (rawat asthma) patut ada di klinik. Setiap pesakit yang ada indikasi perlu MESS akan saya syor kepada mereka tanpa perlu lagi dirujuk ke pusat physio.
Dari sakit urat saraf, otot, senggugut, pinggang (slip disc), radang tapak kaki, dan yg mana sesuai saya beri rawatan 30 minit kepada mereka. Isteri saya seorg doktor bertugas di klinik kesihatan juga cakap perkara sama, ramai org tua-tua yg datang selalu mengadu sakit urat dan otot.
MESIN MESS MEMBANTU
Mesin MESS ni dpt membantu mereka tanpa perlu sgt bergantung kpd ubat tahan sakit dan kerajaan patut menyediakan di klinik kesihatan bukan hanya di hspital besar. Itupun bukan semua pesakit yg dpt mesin ni dihspital besar. Bnyk doktor lebih senang beri ubat tahan sakit, kalau pesakit di rujuk ke pusat physio pun, bukan setiap hari guna.
Selesai physio, pesakit itu kena tunggu giliran lain yg berbulan bulan. Sebab itu, kalau mereka nak beli mesin tersebut saya akan merujuk mereka kepada doktor Hazrul di Klinik Mergong sbb murah dan berkualiti. Kalau nak beli dari pusat rehab di hospital harga agak tinggi mahalnya.
Ramai juga kenalan saya spt Dr kamal dari klinik kesihatan daerah pedu, Dr Kashah dari unit forensik, Dr Fahmi dari unit kulit, Dr Farhan dari hspital sg petani, Dr Faizul seorg GP di labuan, Dr Zulkhair dari klinik kesihatan pokok sena turut membeli TENS jenama MESS dari Dr Hazrul.
Tapi jgn lupa, kalau anda ada masalah sawan atau pakai alat bantu degup jantung (pacemaker), anda tak boleh guna mesin ini. Harap penulisan ni dpt membantu memahamkan pesakit yg mungkin dpt manfaat dari mesin ni.
Jika sesiapa nak tahu lebih lanjut boleh hubungi atau whatsapp nombor doktor tu di 010 9314 707. Tak pun pergi terus ke www.rahsiadoktor.com atau tekan link ni RAHSIA DOKTOR (LINK). Di website tu boleh beli terus. Terima kasih IIUM, sakit ikhtiar sampai sembuh.
The post Aku Doktor. Satu Hari Aku Jadi Pesakit. Barulah Tau Betapa Azabnya Bila Tiba2 …. appeared first on SAYALUVISLAM.
Sumber : sayaluvislam
Sumber : alamviral
0 comments:
Post a Comment