Terkini Viral

Bibik Aliff Syukri Makin Melampau, Kantoi Mencuri Lagi...Kali Ini Lagi Banyak, Ratusan Ribu

loading...

Bibik Aliff Syukri Makin Melampau, Kantoi Mencuri Lagi...Kali Ini Lebih Banyak, Berjumlah Ratusan Ribu


Datuk Aliff Syukri mengamuk sekali lagi kerana pembantu rumahnya mencuri sekali lagi.

Kali ini pembantu rumahnya yang lain pula mencuri dan baru kantoi hari ini.

Melalui media sosial miliknya, Aliff Syukri sekali lagi membongkar kes curi pembantu rumahnya dan memuatnaik di FB untuk tontontan orang ramai:

Video Pembongkaran Berkenaan Lihat (DI SINI)

Ini tulis Aliff Syukri:

"Bibik yang dianggap malaikat rupanya sebaliknya bibik dan tukang kebun 4 penjenayah sedang berlegar dimalaysia..saya harap anda berhati-hati.."

Yang terbaru, Aliff bersemuka dengan seorang pembantu rumahnya selepas dikesan mengirimkan sejumlah wang kira-kira RM7,500 dipercayai kepada keluarganya di kampung.

 Ini antara kata-kata Aliff Syukri:

“Ada bukti pengirimannya yang kamu curi duit saya,”

Orang gaji Aliff Syukri itu akui dapat duit berkenaan dari seorang lagi orang gaji yang selalu mengambil duit Aliff Syukri.

Duit itu disyaki diambil dari Aliff Syukri dan dianggarkan berjumlah ratusan ribu ringgit.

Menurut pembantu rumah itu lagi, ia bukanlah kiriman wang yang pertama kerana pernah dibuat sebelum ini.

Aliff bersama isterinya mendedahkan tindakan pembantu rumahnya terbongkar apabila mereka mengemas bilik sehingga membawa kepada penemuan resit kiriman wang.

Kali ini isteri Aliff Syukri juga dilihat marah apabila perkara berkenaan terbongkar.

Datin Shahida menyesal dan terkilan orang gaji yang dijaga dengan baik akhirnya tergamak melakukan perkara berkenaan.

Ini komennya:

“Sebenarnya kami tak periksa pun tapi terjumpa semasa kemas jumpa seluar di dalam plastik yang ada resit. Bukan mencari, tapi mungkin Tuhan nak tunjukkan pada bulan puasa ini mengenai perangai mereka (pembantu rumah) yang sebenar,”

Sepanjang video berdurasi kira-kira 40 minit itu, pembantu rumah Aliff tidak henti-henti meminta maaf dan merayu sambil menjelaskan dia tidak mencuri wang berkenaan dengan niat dan hanya menjadi mangsa keadaan.

Dikatakan banyak barang yang hilang dicuri oleh para pembantu rumah Aliff Syukri. Antaranya telefon bimbit, cincin, beg, jam dan banyak lagi.

Selain itu dompetnya juga hilang. Dikatakan pembantu rumah mencuri RM15 ribu baru-baru ini dan berkongsi tiga. Seorang dapat RM5 ribu.

Aliff Syukri telah membawa pembantu rumah itu ke balai polis.

Video Pembongkaran Berkenaan Lihat (DI SINI)

Sumber : berita memey

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.