Terkini

Lelaki Hanyut Dibawa Arus Masih Hilang Dan Belum Ditemui

loading...

Baru-baru ini, viral di media sosial seorang individu dihanyutkan banjir di Jalan Hulu Langat yang dilanda banjir kilat. Walau bagaimanapun, pihak bomba dan penyelamat Selangor belum dapat memastikan keadaan sebenar individu tersebut. 

Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, pada petang Sabtu. Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor berkata sehingga kini pihak bomba masih belum menerima sebarang laporan mengenai orang hilang dari mana-mana penduduk kawasan sekitar. 

Tambahnya lagi, pihaknya akan terus melancarkan operasi mencari dan menyelamat sekiranya individu tersebut benar-benar hanyut. Pihak bomba juga tidak tahu keadaan lelaki itu kerana kemungkinan dia sudah berjaya menyelamatkan diri atau pun sebaliknya.  

Menerusi video tersebut, lelaki itu dirakam hanyut dibawa arus sambil penduduk sekitar menjerit dan mengarahkan lelaki tersebut menuju ke arah tebing sungai. Nasib lelaki itu tidak diketahui selepas dia dihanyutkan ke arah Sungai Serai.  




Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.