Terkini Viral

Awal Ashaari, Scha Al Yahya Tak Tergugat

loading...

Suami isteri bernama Awal Ashaari dan Scha Alyahya atau Schawal memang satu nama yang amat besar di laman media sosial.

Namun setelah semakin lama, peminat mula memberi perhatian kepada artis lain yang menjadi trending terutama di laman media social seperti facebook dan juga Intsgram.

Walaubagaimanapun, pasangan ini memberitahu mereka tidak berasa terancam kehadiran pasangan selebriti baru yang lebih mendapat perhatian di kalangan para peminat.

Ini penjelasan dari Awal:

"Kami tidak mempunyai kelab peminat yang berperanan untuk mengundi atau mempertahankan populariti kami. Semua yang berlaku adalah secara semula jadi dan bukan dengan strategi tertentu.

"Jika mereka (peminat) kini beralih kepada pasangan lain itu adalah hak mereka kerana mereka bukan milik kita. Bagi kami tiada istilah terancam itu"

"Sudah cukup rasanya kita berada pada titik perhatian itu dan beri peluang kepada orang lain pula. Kami juga sudah menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin terutama dari segi kerjaya.

"Sekarang kita meneruskan apa yang kita lakukan seperti biasa"

Scha pula berkata, dia tidak terfikir untuk menubuhkan kelab peminat bagi bersaing kembali dengan mana-mana artis terutama anugerah yang melibatkan undian orang ramai semata-mata.

Ini komennya lagi:

"Mana-mana klien yang mahukan kita sekeluarga melihat dari pelbagai sudut bukan hanya pengikut ramai atau menang anugerah sahaja.

"Mereka ada cara dan kajian tertentu yang menarik minat mereka untuk menjadikan mana-mana artis sebagai duta sesuatu produk"

Awal dan Scha Al-Yahya berkahwin pada 5 Mei 2012 dan pasangan ini dikurniakan anak perempuan yang beri nama Lara Alana.

Lara Alana kini  sudah mencecah empat tahun dan antara kanak-kanak paling popular di Malaysia.

Sumber: mStar

Sumber : berita memey

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.