loading...
Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat kenyataan dengan menyatakan beliau tidak bersetuju dengan keputusan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang tidak akan memberikan sebarang peruntukan kepada pembangkang (BN) di negeri itu.
Ahli Parlimen Muar yang baru ini berkata, demi memastikan demokrasi di negara ini terus berkembang maju, pembangkang yang kuat dan berwibawa perlu ada bagi memastikan kerajaan negeri sentiasa menjadi pihak yang bertanggungjawab.
Kenyataan dari Syed Saddiq ini dibuat melalui laman media Fb miliknya semalam.
Ini penjelasan dari Syed Saddiq:
"Saya dengan rendah hati tidak bersetuju. Saya berkongsi pandangan itu dengan parti. Kami akan merangka dasar mengenai perkara ini,"
"Berikan peruntukan kepada mereka bukan sebab mereka adalah pembangkang tetapi mereka akan akan menjadi semak dan imbang,"
"I humbly disagree. I’ve shared my views with the team. We will draft a policy on this. For Malaysian democracy to thrive, we need a strong and credible opposition to hold us accountable. Fund them, not because they are our opponents, but because they are the check and balance.
Video Syed Saddiq:
Semalam Osman memberitahu bahawa tiada peruntukan kecil pembangunan akan diberikan kepada pembangkang negeri itu iaitu pihak BN kerana ia adalah hak kerajaan memerintah.
Katanya, perkara sama turut dilakukan Umno dan BN terhadap para pembangkang ketika BN memerintah.
Sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor tidak mengiktiraf ketua pembangkang negeri itu dan tidak memberi peruntukan untuk tujuan pembangunan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan pihak pembangkang.
Kali ini, tindakan sama dilakukan Menteri Besar Johor yang baharu, Datuk Osman Sapian terhadap Adun BN yang telahpun tewas.
Bagaimanapun, pendirian itu tidak dipersetujui Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
"Jadi, sekarang mereka tidak dapatlah. Kenapa perlu saya beri mereka, ia seolah-olah memberikan mereka peluru untuk tembak kita semula" itulah antara kata-kata dari Menteri Besar Johor yang baru.
Datuk Osman Sapian mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di Istana Bukit Serene, Johor pada petang Sabtu.
Majlis angkat sumpah itu dilakukan di Balai Mengadap Istana dihadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Datuk Osman yang berumur 67 tahun, dilantik menjadi Menteri Besar yang ke-16 menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu, Osman menang majoriti 9,178 undi mengalahkan dua calon lain, Datuk Ramli Bohani (Barisan Nasional) dan Dzulkifli Suleiman (PAS).
Sumber: mStar / FB Syed Saddiq
Sumber : berita memey
Sumber : alamviral
loading...
0 comments:
Post a Comment