Terkini

Masalah Rumah Tangga Sampai Bergaduh, Shahrol Shiro Dan Isteri Tampil Beri Kenyataan

loading...


Masalah Rumah Tangga Sampai Bergaduh, Shahrol Shiro Dan Isteri Tampil Beri Kenyataan



Isteri kepada pelawak Shahrol Shiro, Anna Danisha., menjadi buah mulut orang ramai kerana ada memuatnaik status yang mengejutkan.

Dari statusnya, dilihat isteri Shahrol ini seperti tidak berpuashati dengan seseorang. Anna dilihat amat marah dan memohon wanita berkenaan 'mereput'.

Ada yang beranggapan status itu ditujukan kepada suaminya, Shahrol.

~Baca status marah isteri Shahrol Shiro (DI SINI)

Anna Danisha atau nama sebenarnya, Nor Farhanah menjelaskan kenyataan dan luahan marah yang dimuat naik di laman sosial Instagram pada Rabu bukan ditujukan kepada suami.

Sebaliknya, Anna Danisha berkata, status itu ditujukan khas kepada rakan perempuannya.

Ini komen Anna:

"Tak ada apalah, kenyataan itu kepada rakan-rakan perempuan saya sahaja. Kami baik-baik sahaja, tak ada gaduh pun laki bini,"

Sementara itu, Shahrol juga tampil memberi kenyataan tentang dakwaan rumah tangga bermasalah.

Shahrol berkata komen isterinya di salah satu foto laman sosial Instagramnya yang mendakawa dia digilai ramai perempuan hanyalah gurauan semata-mata.

Hubungan dia dan isteri kini berada dalam keadaan baik.

Ini komennya:

"Mana ada dia marah, dia ada kat sebelah saya ni. Apa yang dia tulis di laman sosial tu melawak sahaja tiada kaitan pun dengan hal rumah tangga,"

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 32, dan Nor Farhanan disatukan sebagai suami isteri pada 18 Mac 2016 di Kluang, Johor.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 10 Februari lalu.

Sebelum ini, Shahrol pernah berkahwin pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang anak, Muhd Adam Danish yang kini berusia lapan tahun.

Sumber: mStar



Sumber : berita memey

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.