Terkini

PPIM Sedang Siasat Datuk Boy Iman, Akan Beri Hasil Siasatan Pada Polis

loading...

PPIM Sedang Siasat Datuk Boy Iman, Akan Beri Hasil Siasatan Pada Polis



Melalui portal BeautifulNara, hampir 200 orang pembeli projek mini banglo yang dipasarkan oleh Boy Iman mendakwa telah ditipu.

Ini kerana rumah yang dibayar dengan harga RM 60,000 masih tidak disiapkan selepas setahun bayaran dibuat.

Lapor Malaysia Gazette, bersama wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mereka telah bertemu dengan Boy Iman semalam  namun Boy Iman sebagai wakil DBI Properties yang merupakan ejen pemasaran kepada syarikat pemaju Juta Kelulut Sdn Bhd juga mendakwa ditipu oleh skim tersebut sambil menyebut beberapa nama yang membayarnya untuk menubuhkan syarikat DBI Technology Sdn Bhd bagi memasarkan rumah berkenaan.

Menurut Pengurus Pentadbiran Unit Tindakan Khas (UTK) PPIM, Mohd Faris Ahmad Puzi, kira-kira seratus pengadu membuat aduan kepada PPIM selepas mengesyaki menjadi mangsa penipuan.

Ini komennya:

"Selama 2 tahun kononnya projek itu berlangsung namun hanya dua atau tiga rumah saja yang siap.


"Selebihnya tiada perkembangan, jadi tugas kami di sini adalah ingin memudahkan urusan pengadu membuat tuntutan sivil dan mendapatkan wang mereka semula.
 

Sehubungan itu, Faris berkata, siasatan masih dijalankan dan pihaknya masih belum boleh mendedahkan nama individu disyaki.

Sebelum ini, laman popular di Facebook PW Community menyiarkan dakwaan DBI menipu orang ramai dengan menggunakan helah menerusi skim piramid.

Boy Iman bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

"Ketika dihubungi, Faris turut meminta orang ramai menunggu hingga keputusan akhir siasatan diperoleh sebelum membuat apa-apa tuduhan.

"Kami masih belum memperoleh keputusan rasmi. Dia (Boy Iman) mungkin boleh didapati bersalah atau pun tidak.


Hasil siasatan ini akan kami serahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Boy Iman membuat laporan polis ke atas pengendali Facebook PW Community dan media yang didakwa memfitnah dan menyebabkan syarikatnya rugi.

Menurut Boy Iman, dakwaan PW Community itu tidak berasas.

Boy Iman turut mendakwa menerima ugutan di laman sosial daripada akaun yang tidak dikenali dan menyatakan kebimbangannya terhadap keselamatan kakitangan syarikatnya.

DBI Technology merupakan syarikat yang ditubuhkan Boy Iman selepas meninggakan DBI Properties, syarikat yang pernah menjadi ejen pemasaran kepada pemaju yang disyaki bertanggungjawab menawarkan banglo berharga 60,000 seunit.

Juta Kelulut Sdn Bhd merupakan syarikat pemaju yang bertanggungjawab ke atas projek mini banglo tersebut.

Dalam penjelasannya, Boy Iman mendakwa hanya bertindak memasarkan rumah-rumah tersebut dan bukan membinanya.

Rentetan daripada pertemuan itu, kesemua mangsa dan pihak PPIM bergerak ke Setapak bagi menjejaki pejabat pihak yang bertanggungjawab yang nama mereka telah disebutkan oleh Boy Iman.

Sebaik tiba di pejabat Juta Kelulut, mereka dipertemukan dengan wanita bernama Anggun dan suasana menjadi kecoh apabila mangsa-mangsa yang tertipu menjerit-jerit menuntut penjelasan lanjut.

Anggun bagaimanapun menjelaskan, beliau juga cuma bertindak sebagai ejen dan telah menyerahkan kesemua wang kepada pihak lain.

Tambahnya, beliau hanya diberi RM6 juta untuk membeli peralatan pembinaan dan menyebut nama dua individu yang bertanggungjawab mengambil wang tersebut yang sehingga kini tidak diketahui statusnya.

Kesemua mangsa hampa kerana matlamat mereka untuk menuntut wang masih belum tercapai.

Sumber: BeautifulNara

Video Sini:



Sumber : berita memey

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.