loading...
Setelah berakhirnya Elyana di Gegar Vaganza 4 penyanyi ini telah mengumumkan berita yang mengejutkan pada para penonton dan juri.Apabila berita tentang penyakit yang dihadapi Elyana mula diketahui ramai,ada sahaja tangan nakal yang mengatakan penyanyi ini sengaja mahu meraih seimpati.
Menurut Elyana jika dia mahu meraih simpati pasti dahulu lagi dilakukan sebaik saja disahkan doktor dirinya mengidap kanser selepas kelahiran anaknya,Cinta Sumayyah.
“Kalau saya ingin menagih simpati, dari awal dulu saya melakukannya. Ketika itu saya susah, tidak ada duit untuk membeli ubat dan susu anak. Tapi saya tidak pernah berkongsi semua masalah itu dengan sesiapa termasuk ibu bapa dan adik-beradik”
“Sudah menjadi prinsip hidup saya tidak suka menyusahkan orang. Saya mahu orang melihat saya sebagaimana diri saya yang sihat, degil, ceria, tiada masalah dan suka berjenaka,” katanya.
“Tidak sangka dalam situasi sekarang, saya masih boleh menjadi sumber inspirasi kepada banyak orang,” tambahnya.
Malahan Elyana juga berkata yang beliau terharu dengan sokongan dan doa yang diterima dari orang ramai selepas berita itu.
Sumber : Harian Metro.
-www.kakishare.tvFACEBOOK HERBAL RIMBA
Sumber : kaki share
Sumber : alamviral
loading...
0 comments:
Post a Comment