Terkini Viral

"Dahlah Takde Seri, Busuk, Bau Bawang!" - Suami Hina Isteri Tak Pandai Jaga Diri Akhirnya Menyesal Tak Sudah

loading...

Pada zaman sekarang ini banyak kisah-kisah rumah tangga dikongsi di media sosial terutama kaum wanita yang mengeluh dengan sikap suami mereka yang berubah setelah lama berkahwin. 

Ketika susah isteri yang banyak berkorban namun tidak banyak yang dipinta cuma kesetian dan kejujuran dari seorang lelaki bernama suami. 

Kisah Haida yang dikongsi ini sedikit sebanyak boleh dijadikan iktibar untuk semua terutamanya pasangan suami isteri muda. 

"Tahun Ni Je Dah Banyak Kali Kantoi"

Tak dinafikan layanan suami terhadap aku cuma endah tak endah atas faktor kesibukan mencari nafkah untuk menampung kos sara hidup yang tinggi. Sebab itu aku tak pernah menyalahkan takdir dengan apa yang telah terjadi. 

Orang yang tak lalui apa yang kami lalui mungkin tak faham. Aku dah terbiasa hidup seorang diri sehingga aku mudah mengalah dengan keadaan tapi demi mengenangkan anak yang masih kecil aku tetap tabahkan hati ku ini. 

Masuk tahun ini adalah tahun ketiga kami berkahwin. Genap juga 10 kali rumah tangga aku goyah. Aku tak tahu dimana silapnya kerana pada awalnya semuanya indah-indah belaka. 

Namun masuk tahun kedua, telefon suami aku pun dah berpassword sehingga aku sendiri pun tak tahu apakah password telefon suami aku. Namun, tuhan masih nak tunjuk kecurangan suami aku. 


Ketika suami aku tengah mandi, aku cuba 'hack' telefon suami aku dan aku berjaya tengok perbualan antara suami dan seorang wanita. Siap bersayang bagai dan paling menyedihkan suami aku sendiri bercerita buruk mengenai aku di depan wanita lain. 

Hati perempuan mana yang tak sedih dan menangis bila baca perbualan suami dengan wanita lain. Suami aku kata aku ni busuk, kusam, gelap dan macam-macam lagi kata yang menghiris hati ku ini. 

Aku pun ambil gambar perbualan mereka dan tunjuk dekat suami. Memang mengamuk kerana kecurangan dia akhirnya terbongkar juga. Selama 2 tahun dia menipu aku. Setelah dipaksa dia akhirnya mengaku juga pernah terlanjur dengan wanita itu dan selama 2 tahun jugalah dia ber'couple' dengan wanita tersebut. 

"Suami Kata Aku Tak Berseri Lagi" 

Namun aku tetap cuba untuk mempertahankan rumah tangga demi anak aku yang masih kecil. Aku bimbang jika anak aku membesar tanpa kasih sayang bapanya sendiri. 

Aku sering terbaca kisah-kisah rumah tangga orang lain dan aku beranggapan bahawa aku  dan suamiku tak akan jadi seperti itu. Tapi mimpi buruk itu menjadi kenyataan. Kami bergaduh teruk malam tu. 

"Kenapa abang sanggup buat macam ni kat saya?" 

"Awak tengok je lah diri awak tu macam mana...isteri orang lain boleh je cantik-cantik. Pandai jaga diri..isteri sendiri pulak macam hantu kak limah! Malu saya nak keluar dengan awak ni."

Jawapan yang pedih diberikan oleh seorang suami yang diharapkan menjadi pelindung kepada isterinya. Namun, kata-kata itu lebih tajam dari sebilah pedang. Kalau diikutkan nafsu marah ni memang aku nak je minta cerai. 

Jika suami aku kata aku tak berseri, aku akan cuba berubah untuk memikat suami aku kembali. Nasib baik aku mempunyai rakan baik yang memahami apa yang aku lalui kerana dia pun pernah melalui perkara yang sama. 


Aku meminta izin untuk pulang ke rumah ibu bapaku. Aku ceritakan segalanya kepada ibu bapa aku tentang apa yang terjadi. Namun, mereka menasihatiku untuk bermuhasabah diri. Mungkin juga ada kesilapan dari pihak aku. 

Selama ini aku silap kerana setelah berkahwin dan beranak aku tidak menjaga penampilan aku sehingga suami aku sendiri malu untuk keluar bersama aku. Aku lihat gambar-gambar yang lama memang sangat berlainan. Dulu aku cantik dan berseri.

Sejak dari itu, aku mengubah penampilan aku. Ubah cara pemakaian aku dari 'makcik-makcik bawang' kepada yang lebih bergaya dan moden. Segala jenis majalah aku belek. Pakcik Google menjadi sahabat baik dan banyak aku belajar tips-tips untuk mengembalikan seri kulit. 

Rakan baik aku menyarankan untuk mengamalkan minum satu jenama kolagen. Mula-mula aku tak percaya namun memang tak salah kalau aku mencuba dalam misi untuk memikat kembali suamiku. 

Setelah konsisten selama 2 bulan mengamalkan minum kolagen aku perasaan kulit aku makin cerah dan berseri. Dah tak kusam seperti dulu. Kulit aku makin berseri dan akhirnya suami aku pun menyedari perubahan yang berlaku. 

Lama kelamaan suami aku sendiri menyedari kesalahannya. Misi aku untuk memikat suami ku sendiri hampir berjaya. Aku tetap memberi layanan 'kelas A' pada suamiku. Aku jaga makan minum dia dan sering berhias untuk suamiku. 

Tapi, aku masih tidak dapat melupakan apa yang berlaku. Walaupun pahit untuk ditelan aku tetap menerima kemaafannya. Kini aku dan suami aku semakin bahagia. Apa yang boleh aku nasihat aku wanita-wanita diluar sana, kalau suami berlaku curang cuba tengok diri sendiri. 

Kalau boleh tolong jaga penampilan diri sendiri untuk suami. Sehingga kini aku tetap mengamalkan minum kolagen yang direkomen sendiri oleh rakan baik aku. 

Memang berkesan kalau ada wanita yang kulit kusam atau yang ingin mencerahkan kulit boleh cuba amalkan minum Sophie Pure Marine Collagen. Walaupun ada produk lain kat luar sana aku tetap setia dengan SPMC kerana ianya terbukti berkesan. 

Kalau nak mengetahui lebih lanjut boleh tengok dekat laman web SPMCKL atau boleh terus Whatsapp Hotline ni. Semoga apa yang aku kongsikan kisah hidup aku dapat dijadikan iktibar dan pedoman untuk semua pasangan suami isteri. 


Sumber : kaki share

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.