loading...
Ini satu lagi isu mengenaik Datuk Farid Kamil. Melalui laporan Kosmo Online, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berbicara tentang gelaran Datuk milik Farid Kamil.
Tengku Abdullah menerima baik sekiranya pelakon terkenal dan penerbit filem, Datuk Farid Kamil Zahari dengan rela hati memulangkan semula Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP).
Tengku Abdullah turut mengakui berasa dukacita selepas terkejut dengan kelakuan pelakon tersebut.
Farid Kamil telah ditahan dan didakwa di mahkamah kerana menampar seorang anggota polis di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Ini titah Tengku Abdullah:
"Semua individu yang mendapat (gelaran) Datuk, telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk (layak) memakai gelaran ini.
"Kalau hendak diikutkan hati, nak tarik semua (anugerah kebesaran negeri). Saya dukacita kalau terdapat individu yang digelar Datuk berkelakuan seperti ini.
"Kalau dia hendak pulangkan, terpulanglah. Kalau dia sedar dan dia hendak pulangkan, itu lebih baik,"
Baginda bertitah demikian ketika mengadakan lawatan ke atas mangsa kebakaran tiga buah rumah di Perkampungan Sungai Isap di sini yang hangus dijilat api dalam kejadian petang kelmarin.
Sebagai rekod, Farid Kamil menerima anugerah DIMP di Istana Abu Bakar, Pekan pada 16 Disember tahun lalu yang membawa gelaran Datuk.
Ujar Tengku Abdullah lagi, baginda tidak mahu menghukum mana-mana pihak bergelar Datuk sekiranya individu terbabit melakukan kesalahan.
Ini titah baginda lagi:
"Saya bukan mahu menghukum, tapi mereka sendiri yang tersalah langkah. Kalau kita hendak tarik semula (gelaran Datuk), kita juga harus mengikut prosedur.
"Tapi kalau dia hendak pulangkan, itu cara terbaik,"
Sebelum ini, Datuk Farid Kamil mengaku tidak bersalah dan telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000. Mahkamah sebelum ini telah menetapkan bulan Mac nanti sebagai tarikh perbicaraan kes Farid Kamil.
Sumber: Kosmo Online
Sumber : berita memey
Sumber :
Sumber : jubahsemalam
loading...
0 comments:
Post a Comment