Terkini Viral

"Tak Payah Panggil Datin" - Almy Nadia

loading...


Tahniah diucapkan kepada Fizz Fairuz di atas penganugerahan yang diterima dari pihak Istana Pahang yang membawa gelaran Datuk.

Isteri kepada Fizz Fairuz iaitu pelakon Almy Nadia mengakui masih berasa terkejut dengan pengiktirafan diterima suaminya iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Almy Nadia memberitahu, dia dan suami betul betul tidak menyangka perkara berkenaan dan hanya mengetahui perkara tersebut dua hari sebelum majlis istiadat berlangsung.

Ini pendedahan dari Almy Nadia:

"Saya masih terkejut sebenarnya dan seperti tidak percaya kerana perkara ini juga kami baru sahaja dapat tahu pada Rabu lalu.

"Saya sendiri simpan rahsia itu dan kalau boleh tidak mahu kecoh-kecoh, tidak sangka pula ada laporan berita berkenaan pengiktirafan itu,"

Untuk pengetahuan, Fizz Fairuz menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada hari Sabtu yang lalu.

Pelakon yang popular menerusi drama Nur Kasih ini merupakan antara 197 penerima darjah kebesaran dan pingat tersebut.

Sementara itu, Almy Nadia berkata lagi, dia bersyukur penat lelah suaminya selama tiga tahun mempromosikan pelancongan negeri itu akhirnya usaha telah dihargai.

Katanya, dia antara individu paling rapat yang mengetahui susah payang Fizz dalam mengusahakan syarikat mereka Rain Maker Creation Sdn Bhd.

Ini penjelasan Almy Nadia:

"Alhamulillah, ini rezeki Allah yang kita tidak sangka dan sebagai orang kanan dan pembantu dia saya menyaksikan sendiri usaha dan penat lelah dia membahagikan masa.

"Jika dia sibuk dengan lakonan saya dan beberapa pekerja yang akan turun padang menguruskan majlis-majlis yang syarikat kami anjurkan,"

Ditanya tentang gelaran Datin, Almy berkata, dia lebih selesa dipanggil seperti biasa tanpa gelaran tersebut.

Katanya, bukan niat menolak, sebaliknya, memerlukan masa untuk memikul gelaran itu.

"Saya hormati pangkat yang diberi ini tapi buat masa ini panggil saya Almy sahaja, tak perlu panggil Datin,"

Jutaan tahniah kepada pasangan suami isteri ini, Semoga labih sukses dan terus maju lagi selepas ini. -BeritaMemey

Sumber: mStar

Sumber : berita memey

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.