loading...
Ahad lalu, Gegar Vaganza musim ke empat telah membuka tirainya. Sebanyak 12 peserta terlibat dalam pertandigan ini.
Namun pada minggu pertama itu ada adegan yang tidak elok yang mana Nabil Ahmad dikatakan sekali lagi bertindak memalukan peserta.
Salah seorang peserta program realiti Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Hazami tidak tersinggung dengan gurauan pengacara Nabil Ahmad yang dituduh segelintir para penonton sebagai tidak sesuai dan agak over.
Tuduhan kurang enak itu mula viral di laman sosial berikutan ada penonton dan peminat Hazami menganggap aksi Nabil Ahmad memegang leher Hazami sebagai satu gangguan yang amat melampau.
RESPON HAZAMI
Nabil Ahmad dilihat seperti membuat gurauan kononya Hazami seorang yang amat 'lembut'.
Hazami ketika dihubungi berkata, dia menganggap isu itu cuma salah faham dalam kalangan peminatnya yang bersikap terlalu 'protective' terhadapnya.
Tambah Hazami lagi, situasi itu dilihatnya sebagai melucukan.
Penyanyi Sonata Musim Salju ini berkata lawak itu adalah lawak peribadi yang hanya difahami oleh dirinya, Nabil Ahmad, Jihan Muse dan juri rancangan Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS.
Ini komen Hazami:
"Disebabkan jarang muncul di televisyen, peminat tidak biasa melihat situasi seperti itu dan mereka ingat saya dibuli.
"Hubungan saya dengan Nabil rapat kerana kami saling mengenali sejak 12 tahun lalu. Kalau kami bukan rakan rapat, tidak mungkin Nabil berani buat sebegitu,"
"Nabil pun sudah minta maaf di belakang pentas selepas selesai acara. Namun, saya tidak mengambil hati kerana GV4 adalah program hiburan.
"Saya juga tidak mahu salahkan sesiapa kerana isu terbabit,"
Oleh kerana perkara ini menjadi viral, Hazami meminta isu berkenaan tidak lagi dibicarakan dan tidak mahu ianya berpanjangan.
Hazami berharap penonton berseronok menyaksikan GV4.
"Saya sudah menjelaskan situasi itu kepada pengikut di Instagram. Bagi saya, ia hanya perkara kecil berbanding fitnah individu tidak bertanggungjawab yang membuat berita palsu saya sudah meninggal dunia seperti sebelum ini,"
Itulah penjelasan dari Hazami tentang isu ini. Rupanya mereka berdua amat rapat. Padanlah Nabil selamba buat lawak kasar sebegitu.
Sumber : berita memey
Sumber :
Sumber : jubahsemalam
loading...
0 comments:
Post a Comment