Terkini Viral

"Astaghfirullahalazim..." - Remy Ishak Tak Sangka, Amat Terkejut

loading...
 
Pelakon Remy Ishak kini mencuri tumpuan apabila ada ura-ura mengetakan dia telah bernikah secara senyap senyap dengan tunangnya iaitu Ezza.

Apabila perkara ini tersebar, Remy Ishak telah tampil memberi respon tentang dakwaan yang menjadi buah mulut orang ramai ini.

Remy Ishak ternyata begitu terkejut apabila desas-desus yang mendakwa dirinya sudah bernikah dengan Ezza Yusof secara rahsia.

Menjawab pertanyaan itu, Remy sekadar membalas dengan ketawa dan menyifatkan ia sebagai perkara yang melucukan.

Ini respon Remy Ishak:

"Astaghfirullahalazim. Belum lagilah. Mana ada. Belum sampai jodoh lagilah,"

Penyebaran beberapa gambar Remy Ishak berpakaian pengantin dipercayai pada sebuah majlis pernikahan menimbulkan pertanyaan dan cakap-cakap dalam kalangan penggiat industri, minggu ini.

Perihal itu menjadi bualan sehingga beberapa penggiat menganggap pelakon itu sudah bernikah secara rahsia.

Untuk pengetahuan, Remy Ishak dan Ezza Yusof yang merupakan seorang ahli perniagaan mengikat tali pertunangan pada Mei tahun lalu.

Ditanya mengenai perancangan berkahwin, Remy Ishak berkata ia adalah perkara yang tidak diketahui lagi buat masa ini dan menyerahkan ia pada jodoh.

Beralih pada kerjaya lakonan, Remy berkata dia bakal membintangi sebuah filem seram berjudul Pontianak The Legend tidak lama lagi.

Ia turut akan dibintangi Namron, Tony Eusof, Fazura, Hisyam Hamid dan Shenty Fezliana.

Ketika ini, nama Remy Ishak menjadi sebutan para penonton siri Kekasih Paksa Rela yang bersiaran di TV3 jam 7 malam.

Drama bersiri ini berjaya memikat para penonton yang suka dengan jalan cerita drama tersebut.

Drama itu menampilkan Remy Ishak sebagai watak utama berganding dengan dua pelakon baru iaitu Ain Edruce dan juga Intan Najuwa.

Selain itu drama ini juga dibintangi oleh Jalaludin Hassan, Emelda Rosemila, Fizz Fairuz, Aman Graseka, Khaty Azian, Azhar Amir, Fatin Afeefa dan ramai lagi.

Apapun memang ramai peminat Remy Ishak yang tak sabar menunggu perkahwinan pelakon kacak ini.

Sumber: mStar

Sumber : berita memey

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.