loading...
Semalam agak kecoh tentang isu Farid Kamil yang telah menampar anggota polis di Kota Damansara.
Apabila ujian air kencing dijalankan, pelakon dan pengarah popular ini disahkan sedang positif bahan terlarang.
Ramai yang keliru dengan kisah yang berlaku di balai polis itu.
Kali ini telah tersebar kisah dari seorang lelaki yang dikatakan membantu membawa Farid Kamil ke balai polis.
Lelaki berkenaan dikatakan terjumpa Farid Kamil tidak berbaju sedang meminta bantuan dari kereta yang sedang lalu lalang.
Satu laporan polis telah tersebar di laman media sosial.
Ini laporannya:
"Pada 11 Januari 2018, lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, ketika sedang memandu di Tropicana, saya ternampak seorang lelaki tidak berbaju dalam hari hujan sedang meminta tolong kereta yang sedang lalu lalang.
"Saya telah berhenti dan mendapati lelaki berkenaan adalah Farid Kamil (pelakon). Dia meminta bantuan saya untuk membawanya ke balai polis kerana dia telah accident.
"Dalam perjalanan ke balai polis trafik, Farid Kamil memberitahu dia kesejukkan dan saya telah membawa Farid Kamil ke restoren Bonda dan meminjam baju pemilik restoren tesebut yang merupakan kawan saya.
"Saya dapati Farid Kamil telah mula berkelakuan aneh ketika berada di dalam kereta saya dengan mengambil gambar saya dan cuba memegang stereng kereta.
"Seterusnya saya membawa Farid Kamil ke balai polis Kota Damansara untuk membuat laporan polis. Tiba di balai polis, Farid Kamil masih berkelakuan aneh. Tiba-tiba Farid Kamil telah melempang pipi kiri saya di depas polis trafik. Belum sempat berbuat apa-apa Farid Kamil telah melempang seorang anggota polis trafik yang cuba membantu.
"Tiba-tiba Farid Kamil telah menendang saya dengan kuat di bahagian perut disaksikan oleh anggota polis yang lain.
Ramai yang tak percaya dengan apa yang berlaku semalam apatah lagi Farid Kamil menimbulkan kekacauan di balai polis.
Farid Kamil baru sahaja dikurniakan pingat DIMP yang membawa gelaran Datuk pada hujung tahun 2017 yang lalu.
Sumber: BeautifulNara
Sumber : berita memey
Sumber :
Sumber : jubahsemalam
loading...
0 comments:
Post a Comment