loading...
Nama Shahir AF atau Ahmad Shahir Zawawi yang lama menyepi, kembali menjadi sebutan setelah menyertai Akadei Fantasia.
Selain Akademi Fantasia, kemunculan seorang wanita bernama Mona Syamimi turut membuatkan nama Shahir menjadi panas.
Tak cukup dengan itu, habis sahaja Akademi Fantasia, Shahir sekali lagi mencetuskan kontroversi pada November lalu mengenai dirinya dikatakan lari dari membayar hutang.
Sehingga hari ini penyanyi yang popular dengan lagu "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" itu masih berdiam diri.
Oleh kerana Shahir 'hilang' dan tanap berita, pihak media telah mendapatkan wanita yang sering dikaitkan dengannya iaitu Erra Fazira.
Erra Fazira ketika ditemui akui dia dan Shahir masih berkawan tetapi dia tidak pernah mencampuri urusan peribadi berkaitan isu Shahir berhutang dengan mana-mana pihak.
Penyanyi dan pelakon popular ini menegaskan dia bukannya kaunter pertanyaan untuk Shahir.
Ini komennya:
"Kalau inginkan penjelasan mengenai isu hutang Shahir, tolong tanya sendiri dengannya"
"Hal ini bukan masalah saya, seharusnya pihak media tidak bertanya mengenainya kepada saya. Tanyalah sendiri dengan Shahir"
"Memang kami masih berkawan macam biasa namun sepanjang dengan dia saya tidak pernah mencampuri atau ambil pusing mengenai hal peribadinya.
"Jangan jadikan saya macam kaunter pertanyaan untuk apa-apa isu mengenai dirinya kerana apa juga masalah membabitkan dia biarlah dia jawab sendiri,"
Erra diminta mengulas mengenai dakwaan yang kembali tersebar mengatakan Shahir masih belum melangsaikan hutang-hutang lama.
Erra berkata, dia juga tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai status hubungan mereka atas sebab kedudukannya sebagai seorang wanita dan ibu.
Ini jelas Erra Fazira lagi:
"Cukuplah saya katakan kami masih berkawan kerana saya memang tidak ada berkawan dengan lelaki lain pun. Nak cakap lebih pun tak manis sebab saya wanita.
"Untuk lebih lanjut tiada apa yang dapat saya ulas lagi. Selebihnya biarlah dia yang jawab sebab dia lelaki,"
Dalam perkembangan terbarunya, Erra Fazira berkata dia mahu memberi tumpuan kepada kerjaya seninya pada 2018 ini dan memilih kehadiran tahun baru dengan bernaung di bawah syarikat pengurusan Mind Order Managemant Sdn Bhd.
Ini pendedahan Erra Fazira:
"Selepas 25 tahun, buat pertama kali saya memilih untuk bernaung di bawah syarikat pengurusan. Ini menunjukkan betapa saya serius untuk membangunkan kerjaya seni sempena kedatangan 2018"
"Saya sangat teruja dengan pelbagai perancangan yang sudah dirangka untuk saya khususnya dalam bidang lakonan dan nyanyian. Mereka juga membantu saya dari aspek produk dan penjenamaan saya"
Apapun semoga maju jaya buat Erra Fazira dalam bidang yang diceburi. -BeritaMemey
Sumber: Metro / mStar
Sumber : berita memey
Sumber : alamviral
loading...
0 comments:
Post a Comment