4 Jam Sesat Di Bukit Mor. Lepas Baca Ayat Kursi “SESUATU” Mula Berlaku | Saya Luv Islam – Seorang wartawan, adik dan sepupunya yang biasa mendaki hadapi detik cemas bila sesat di Bukit Mor. Mereka dengar suara pasukan penyelamat memanggil, bila mereka sahutnya dengan jerit balik sekuatnya tiada respons. Lepas baca ayat kursi “sesuatu” berlaku. Baca selanjutnya.
SESAT DI BUKIT MOR MUAR
“Kami mulai panik apabila jeritan kami tidak didengari oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) walaupun kami mendengar suara mereka memanggil kami,” ujar Nur Alina Hassan, 26.
Nur Alina yang merupakan wartawan Sinar Harian Skuad Muar bersama adiknya, Nur Aliah, 25 serta sepupu mereka Kamarina Roslan, 19 ditemui selamat selepas dilaporkan tersesat selepas mendaki Bukit Mor, Muar petang semalam.
Ketiga-tiga mangsa dipercayai mendaki bukit berkenaan kira-kira jam 4.30 petang, bagaimanapun mereka gagal mencari jalan pulang yang kemudiannya menelefon pihak bomba sekitar jam 6.50 petang untuk meminta bantuan setelah hari mulai gelap.
Menurut Nur Alina, selepas menyedari mereka tersesat dia kemudiannya memeriksa aplikasi Google Maps untuk mengetahui kedudukan tetapi mendapati mereka masih berada di atas puncak bukit.
DUA JAM CARI JALAN TURUN TAPI “TAK JUMPA”
“Hampir dua jam juga kami berusaha mencari jalan turun, tetapi gagal dan hari telah mulai gelap menyebabkan kami risau dan meminta bantuan.
“Mujur signal telefon bimbit saya dapat berfungsi dan bateri telefon masih ada, maka saya dapat menelefon pasukan penyelamat untuk meminta bantuan.
JERITAN TAK DIDENGAR PASUKAN SAR
“Bagaimanapun, kami dengar suara pasukan SAR memanggil kami dan cuba sahut dengan jerit sekuatnya, namun mereka tidak mendengarnya walaupun kedudukan kami ketika itu mungkin sudah hampir,” katanya.
Nur Alina berkata, pasukan SAR kemudiannya menghubungi saya dan meminta saya tidak ke mana-mana serta hanya kekal di lokasi yang dikongsi menerusi aplikasi Google Maps.
BACA QURAN DAN AYAT KURSI
“Saya beritahu dia (pasukan SAR) yang kami dengar suara mereka memanggil kami. Dia meminta kami bertenang dan cuba baca ayat al-Quran yang kami ketahui dan ingati.
“Kami semakin tidak sedap hati dan mulai memasang ayat kursi yang terkandung dalam telefon bimbit.
Syukur pasukan SAR berjaya menemui kami kira-kira jam 8.50 malam,” katanya yang memberitahu salah seorang pendaki yang turut serta dalam operasi SAR itu memberitahunya telah tiba ke lokasi kami sebelum itu, namun tidak menemui mereka.
SEBELUM NI TAK PERNAH SESAT
Akui Nur Alina, kejadian tersebut meninggalkan kesan trauma kepadanya walaupun telah beberapa kali mendaki bukit dan gunung sekitar negeri ini.
“Saya sendiri benar-benar tidak sangka. Ikutkan semalam adalah kali ketiga saya daki Bukit Mor, tetapi kami boleh tersesat pula,” katanya yang bersyukur dapat ditemui pada hari kejadian kerana jika tidak operasi SAR disambung keesokan harinya.
Sumber: Sinar Harian
The post 4 Jam Sesat Di Bukit Mor. Lepas Baca Ayat Kursi “SESUATU” Mula Berlaku appeared first on SAYALUVISLAM.
Sumber : sayaluvislam
Sumber :
Sumber : jubahsemalam
0 comments:
Post a Comment