Terkini

Ditawar Berlakon Jadi Ustazah, Penerbit Dedah Perkara Sebenar Kenapa Ambil Fathia Latiff

loading...
 
Di saat tiada pihak produksi berani menawarkan peluang lakonan kepada pelakon penuh kontroversi iaitu Fathia Latiff, penerbit drama syarikat Zeel Production, Fadzil Teh, pula bersikap terbuka apabila bersedia menggunakan khidmat pelakon jelita itu.

Fathia Latiff ditawarkan berlakon dalam terbaru keluarannya berjudul Anugerah Cinta Aisyah yag difahamkan sebanyak 13 episod.

Fadzil berkata, masalah disiplin yang sering dikaitkan dengan Fathia bukanlah isu besar baginya.

Kata Fadzil, sebagai penerbit, dia juga pernah berdepan dengan perkara sama membabitkan pihak lain, termasuk artis dan crew.

Ini komen Fadzil:

"Benar, saya tawarkan dia (Fathia Latiff) peluang berlakon untuk drama baru syarikat saya, Anugerah Cinta Aisyah.

"Saya juga tidak ada masalah dengan kontroversi yang terpalit pada Fathia. Apa yang penting, dia mampu memberikan hasil lakonan yang terbaik. Tidak salah untuk kita memberi peluang kepada dirinya.

"Setakat isu disiplin masa, hampir semua orang dalam produksi ada masalah sama. Setakat ini, belum pernah lagi drama yang membabitkan Fathia mendapat 'rating' rendah,"

Fadzil juga ada membuat pendedahan perkara sebenar kenapa dia buat tawaran kepada Fathia Latiff.

Penerbit itu mendedahkan, sebenarnya beliau memang telah mencadangkan nama Fathia Latiff bagi menggalas watak utama, Ustazah Aisyah, kepada pihak RTM sebelum insiden kontroversi terbabit berlaku, sekitar September tahun lalu.

Sedar stesen televisyen terbabit cukup peka dan tegas, Fadzil mengambil pendekatan untuk mencari pengganti Fathia, namun tiada seorang pun yang sesuai membawakan watak itu.

Ini pendedahan Fadzil:

"Risau juga jika nama Fathia tidak diterima. Jadi, saya mengadakan uji bakat bagi mencari pengganti. Malangnya, tiada yang sesuai.

"Minggu lalu, saya ke stesen itu semula bagi mengesahkan barisan pelakon drama ini dan nama Fathia juga lulus. Malah, dia tidak digam seperti yang diperkatakan segelintir pihak sebelum ini.

"Jadi, saya terus menghubungi Fathia untuk menawarkan watak itu kepadanya. Saya tidak kisah dengan pandangan dan kecaman netizen. Saya sayangkan bakat Fathia. Saya yakin apabila kita selalu beri peluang kepadanya, dia akan berubah,"

Drama Anugerah Cinta Aisyah turut dibintangi oleh Idris Khan dan penggambaran bakal diadakan pada bulan depan.

Tahniah diucapkan kepada Fathia Latiff kerana sudah kembali mewarnai dunia lakonan.

Sumber: Berita Harian

Sumber : berita memey

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.