Terkini Viral

Lama Berdiam Diri. Akhirnya Suami Izreen Azminda Dedah “SESUATU” Kenapa Cerai Isteri Pertama

loading...

Lama Berdiam Diri. Akhirnya Suami Izreen Azminda Dedah “SESUATU” Kenapa Cerai Isteri Pertama | Saya Luv Islam – Heboh beberapa hari apabila madu kepada Izreen bagitau suaminya fail permohonan cerai terhadapnya. Lepas berdiam diri, akhirnya suaminya tampil dedah “sesuatu”. Allahu.

ALASAN SUDAH TIADA HATI

Selepas isteri pertama kepada Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, Intan Liyana membuat kenyataan tentang suaminya memfailkan permohonan cerai, giliran Ude pula memberi kenyataan tentang hubungan rumah tangga mereka.

Pemuzik bebas itu mengakui, dia sudah tiada hati untuk hidup bersama dengan isterinya itu dan perpisahan adalah jalan terbaik.

Suami kepada pelakon Izreen Azminda itu berkata, dia dan Intan tidak sanggup menipu diri untuk meneruskan lagi perhubungan sebagai suami isteri.

KEBAJIKAN BEKAS ISTERI DAN ANAK-ANAK JANJI AKAN JAGA

“Agak lama juga saya membuat pertimbangan dan perpisahan adalah jalan terbaik. Bagaimanapun, kebajikan isteri pertama dan dua anak kami, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1, tidak akan diabaikan.

“Saya kecewa dilemparkan tuduhan melulu netizen yang menganggap saya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab. Apa juga yang terjadi antara saya dan isteri pertama, itu masalah kami. Tidak perlu mengaitkan anak saya,” katanya kepada BH Online.

Permohonan cerai dibuat pada 30 November tahun lalum Ude bakal melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya selepas proses perbincangan mengenai nafkah dan penjagaan anak selesai.

Sumber: Roti Kaya

ISTERI PERTAMA MASIH CINTA SUAMI

Dalam satu kenyataan kepada media hari ini isteri kepada Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, Intan Liyana mengakui yang tidak tahu apa salahnya sehingga suaminya itu sanggup memfailkan permohonan cerai.

“Sehingga ke hari ini, saya masih sayangkan Ude. Bersedia atau tidak, saya terima dan reda lafaz cerai yang akan dibuat suami,” katanya menangis.

Mengakui Ude seorang suami dan bapa yang baik serta penyayang, hubungan suami isteri menjadi renggang sejak November lalu. Ude pula mengakui sudah mengahwini pelakon Izreen Azminda pada Ogos tahun lalu.

Intan Liyana dan Izreen Azminda hanya sempat menjalani hidup bermadu selama enam bulan.

“Kami sudah tidak sebumbung sejak November lepas dan saya masih menetap di rumah yang disediakan Ude bersama anak-anak,” katanya lagi.

Sumber: Roti Kaya

The post Lama Berdiam Diri. Akhirnya Suami Izreen Azminda Dedah “SESUATU” Kenapa Cerai Isteri Pertama appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.