MARIAM Moustafa pelajar Mesir berusia 18 tahun meninggal dunia hampir sebulan selepas terlantar di hospital.
Dia cedera teruk selepas dibelasah sekumpulan sepuluh wanita di Parliament Street, Nottingham pada malam 20 Februari lalu.
Ketika itu Mariam yang berjalan seorang diri dimaki kumpulan itu. Mereka memanggilnya ‘mawar hitam’ sebelum bertindak menyepak dan memukulnya.
Mariam yang tidak berdaya berlari masuk ke dalam sebuah bas. Dia meminta pemandunya agar tidak membenarkan kumpulan itu masuk, namun permintaannya itu tidak diendahkan.
Dia terus dikejar sehingga ke tingkat atas bas berkenaan sebelum seorang lelaki cuba menghalang. Bagaimanapun mereka tidak ambil peduli dan terus memukul Mariam sehingga dia tidak sedarkan diri.
Ketika itu barulah pemandu bas berkenaan masuk campur dan menghubungi ambulans.
Mariam dikejarkan ke hospital sekitar jam 9 malam dan dibenarkan pulang sekitar jam 2 pagi. Dia pada mulanya enggan kerana berasa belum sihat namun akhirnya akur kehendak pihak hospital
Keesokan harinya adiknya Malak, 16, ketika cuba mengejutkan Mariam mendapati tubuh kakaknya itu lebam dan membiru.
Mariam dikejarkan ke hospital dan diletakkan dalam keadaan koma selama 12 hari.
Ibu-bapanya cuba mendapatkan rakaman kamera keselamatan daripada polis tetapi hampa apabila dimaklumkan kamera keselamatan di kawasan kejadian rosak.
INI BUKAN PERTAMA KALI
Ayah saudara kepada Mariam, Amr ElHairy, 46 mendedahkan ini bukan kejadian pertama yang menimpa anak saudaranya itu.
Empat bulan lalu Mariam dan Malak pernah diserang mengakibatkan kaki Malak patah. Dua daripada pelakunya adalah orang yang sama dalam kejadian yang meragut nyawa Mariam.
Serangan kedua terhadap Mariam akhirnya meragut nyawa pelajar berusia 18 tahun itu – Foto metro.co.uk
Serangan kedua terhadap Mariam akhirnya meragut nyawa pelajar berusia 18 tahun itu – Foto metro.co.uk
Ayah Mariam, Mohamed, 49, dan isterinya Nisreen,41 telah membuat laporan polis namun tindakan itu bagai mencurah air ke daun keladi. Tidak langsung ada tindakan.
Bagi Amr, kalau polis mengambil berat mengenai laporan berkenaan, Mariam mungkin masih lagi bernyawa ketika ini.
BUKAN MANGSA KEBENCIAN KAUM, AGAMA – POLIS UK
Kemarahan sama turut dizahirkan Malak. Baginya pihak polis bertindak sambil lewa dalam menangani kes ini.
Dakwa Malak, ketika kakaknya terlantar dan menjalani sembilan kali pembedahan, kumpulan yang bertanggungjawab bebas berkeliaran dan berkongsi video kejadian di media sosial.
Pihak hospital juga didakwa cuai kerana membenarkan Mariam pulang tanpa menyedari ada pendarahan di otaknya.
Serangan terhadap Mariam mencetuskan perdebatan hangat di media sosial. Mariam dikatakan mangsa kebencian kaum dan agama di United Kingdom (UK).
Bagaimanapun pihak penyiasat memaklumkan tidak ada maklumat bagi menyokong dakwaan berkenaan.
Seorang remaja berusia 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan namun dibebaskan dengan jaminan.
Laporan bedah siasat setakat ini masih belum diumumkan.
Sumber: Astroawani
The post Remaja Islam Mesir MAUT Selepas Dipukul 10 Wanita Di UK. Puncanya Buat Umat Islam Marah.. appeared first on SAYALUVISLAM.
Sumber : sayaluvislam
Sumber : alamviral
0 comments:
Post a Comment