Terkini Viral

Tiga Hari Berturut Pi Surau. Tapi Cikgu TERKEJUT Bila Imam Datang Dan Bagitau…

loading...

Tiga Hari Berturut Pi Surau. Tapi Cikgu TERKEJUT Bila Imam Datang Dan Bagitau… | Saya Luv Islam – Terasa dah lama tak solat berjemaah di surau, seorang cikgu tekad untuk berubah. Pada hari ketiga, dia terkejut bila imam datang jumpa dan bagitau……. Allahu. Tulisan FB Cikgu Fadhli Salleh

DITEGUR IMAM SURAU

Lama dah aku peram screenshot ini. Tiap kali tulis, aku padam balik. Ada satu rasa tak best bila nak tegur orang masjid ni. Kali ni aku kentalkan hati luah jugalah.

Luahan cikgu. “Tang ni den setuju. Den jarang2 pi surau bang. Ada sekali tu den terbuka hati nak pi surau. Den pi 3 hari berturut-turut. Pastu ada imam tegur dan cakap 2 ayat ni, “Ehh, saya ingatkan cikgu tak nampak jalan ke surau, cikgu dah nak mati ke terus insaf ni”.

Hal ini banyak sangat berlaku sebenarnya. Ramai orang disindir dan diperli geng masjid seolah syurga itu milik mereka sahaja. Aku pun pernah kena. Seolah masjid tu hak mak ayah dia.

Menegur itu ada caranya. Mengajak orang ke jalan kebaikan ini kena ada hikmahnya.

SYARAT UTAMA BERDAKWAH ADALAH “HIKMAH”

Aku dulu pernah masuk usrah kat KISAS dulu. Geng abang-abang je pun cerita. Katanya, antara syarat utama untuk menjadi pendakwah ini ialah hikmah.

Ya, nak mengajak orang berbuat baik bukan dengan cara mengejek. Bukan dengan cara menghina. Bukan dengan cara memalukan.

Bukan itu caranya.

Aku teringat kisah benar yang sahabat aku pernah cerita. Tentang seorang kawan yang kononnya nak menasihati seorang awek bertudung tapi pakai baju lengan pendek.

Mamat ni acah-acah alim mentang-mentang hafal satu dua hadis. Mentang-mentang agak kerap juga ke surau. Maka dia tegur seorang perempuan remaja ini,

“Awak ni bertudung, tapi pakai baju lengan pendek. Baik tak payah pakai tudung. Buat malu je.”

Merah padam muka awek tu menahan malu. Terasa sungguh dia dengan teguran umum didepan orang ramai sebegitu rupa.

Kau tahu apa jadi? Esoknya si awek tu terus tak pakai tudung. Rileks je mengibas-ngibas rambutnya yang panjang mengurai di depan mamat bajet bagus tadi. Terkedu mamat tadi. Konon dia nak dakwah, sekarang kerana dakwahnya remaja itu makin parah.

Itu pentingnya hikmah dalam dakwah. Bukan semua benda kena tegur secara terbuka dan keras. Bukan semua perkara kena malukan dan guris hati orang.

DITEGUR SEBAB TAK PAKAI KOPIAH PI SURAU

Sepupu aku pernah bercerita. Dia ni dulu memang nakal dan liar. Kawan baik aku yang sering membuat angkara bersama.

Satu hari dia ke surau dekat rumah dia. Tak pakai kopiah pun sebab nak cepat bila dengar orang dah qamat.

Seorang ahli masjid datang dengan muka tak puas hati dan tegur dengan kasar,

“Datang ke surau pakailah kopiah. Nak sembahyang pun malas pakai kopiah. Apa nak jadi dengan kau ni.”

Sepupu aku cuma ingatkan tu kat surau dan yang menegur itu orang tua sahaja. Kalau ikut baran dia, memang makan tapak kaki orang tua tu.

Selepas kejadian tu, memang dia tak jejak kaki dah kat surau tu.

Benci!

Bukan benci dengan surau. Tapi benci dengan sikap geng surau, geng masjid yang mulut longkang.

Alhamdulillah, sepupu aku kini dah lebih 6 tahun menetap di bumi Mekah. Menadah kitab dengan ulama sana dan penuh ilmu didada. Lebih banyak ilmu dari yang menegurnya itu aku rasa.

JANGAN PANDANG HINA ORANG YANG BARU NAK PI SURAU

Aku cuma nak cakap sikit pada geng masjid. Tak kiralah tua ke muda, jika kalian dah mampu didik diri istiqomah solat 5 waktu di masjid, jangan dipandang hina mereka yang sesekali sahaja melangkah kaki ke sana.

Masjid itu Rumah Allah. Bukan rumah pusaka tok nenek kau. Jangan buat macam rumah kau sendiri.

Walau kau imam, walau kau bilal, bila orang datang raikanlah. Walau yang datang itu tidak berjubah macam kau, walau yang datang itu muka samseng. Raikan dan alu-alukan.

Bukan dengan memberi sindiran tajam hingga ada hati yang terluka. Hingga menjauhkan mereka pula dari jalan yang sepatutnya.

Nak berdakwah, biar berhikmah. Jika tidak, baik diam saja. Tutup mulut dan buat hal kau sahaja.

Tiada orang terasa, tiada yang terluka. Jalan ke syurga bukan hanya milik kalian.

Ingat tu.

Sumber: Saya Luv Islam via FB Cikgu Fadhli Salleh

The post Tiga Hari Berturut Pi Surau. Tapi Cikgu TERKEJUT Bila Imam Datang Dan Bagitau… appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.