Terkini

Umur 25 Tahun Dah Miliki Shoplot Bernilai RM1Juta. Wanita Muda Ni Kongsi RAHSIA

loading...

Umur 25 Tahun Dah Miliki Shoplot Bernilai RM1Juta. Wanita Muda Ni Kongsi RAHSIA | Saya Luv Islam – Di saat ramai wanita dan lelaki berusia 25 tahun berusia mencari kerja, seorang wanita terus berani apabila berjaya membeli shoplot bernilai rm1juta. Jom ikuti apa rahsianya. Seperti yang diceritakan oleh FB Nur Aliah Mohd Nor.

15 TIPS MENJADI BERJAYA

Tak sangka, impian Lia untuk miliki shoplot sendiri yang bernilai RM1juta tercapai pada usia 25 tahun!

Ramai yang tanya, jadi Lia nak kongsikan 15 tips macam mana Lia capai ke tahap ni. Anda pun boleh buat. Oh ya! Teknik ni anda boleh guna juga untuk beli rumah.

1. Walaupun Lia buat dropship dengan produk orang, Lia tetap akan daftar perniagaan sendiri kat SSM. Anda mesti selalu tengok Lia branding-kan Chettaki Omey, itulah nama perniagaan Lia yang dah didaftarkan.

2. Lepas daftar dengan SSM, bukalah 1 akaun semasa untuk perniagaan anda tu. Apa yang Lia buat, semua urusan bisnes, Lia akan pakai akaun semasa tu. Wajib ada akaun semasa. Bahaya pakai akaun simpanan peribadi untuk bisnes sebab boleh kena block dengan bank.

3. Sentiasa biasakan diri untuk simpan duit hasil perniagaan anda tu dalam bank, walaupun RM100. Sebabnya, bank nak tengok ada transaksi duit keluar masuk. Takdalah sunyi sepi saja akaun tu kan.

4. Apa sahaja duit yang anda dapat secara tunai dari pelanggan, pastikan buat rekod dengan baik walaupun RM1. Lia akan kumpulkan 1 minggu kemudian bank in kan duit tersebut. Bank akan pandang duit tu sebagai income.

5. Sebelum nak beli shoplot, Lia fikir semasak-masaknya. Nak beli atau nak sewa saja. Kena bandingkan daripada segala aspek. Cari keyakinan, tanya orang berpengalaman, sampailah dapat buat pilihan yang tetap.

5. Pastikan simpanan anda cukup strong ya. Apa yang Lia rasa sendiri, bila simpanan Lia strong rasa yakin tu akan datang sendiri. Kena mulakan dengan simpanan. Semak betul-betul aliran tunai setiap bulan.

6. Anda boleh buat simpanan kat macam-macam medium simpanan dan pelaburan. Contohnya boleh simpan kat ASB, Tabung Haji, Unit Trust, Emas, tabung-tabung di rumah dan sebagainya.

7. Cari seorang ejen hartanah yang boleh dipercayai dan boleh diharap untuk bantu anda dapatkan “lokasi” yang terbaik untuk shoplot anda.

8. Pastikan shoplot yang nak dibeli itu berdekatan dengan rumah, sebaiknya perjalanan dari rumah ke shoplot tak sampai 5 – 10 minit. Iyalah, kita nak berulang-alik setiap hari kan.

9. Cari 3 lokasi yang berhampiran, survey tempat dan harga untuk di beli tu. Tips kalau nak beli office, cari yang dah siap renovate. Antaranya boleh tengok di website Mudah.My

10. Tanamkan azam setiap tahun paling kurang nak ada 1 hartanah untuk diri sendiri, keluarga dan anak-anak. Sebab hartanah ni untuk long term investment. Lagi satu, hartanah juga boleh diwariskan tau.

11. Lia bersyukur sangat. Masa kat Universiti dulu, Lia pernah tulis nak ada shoplot sendiri sebelum umur 25 tahun. Sekarang dah jadi realiti.

12. Lia siap buat satu ‘visualization board’ apa impian yang Lia nak capai. Tak lupa juga, Lia akan berdoa betul-betul untuk nak capai impian tersebut.

13. Lia yakin dan percaya, selepas ini lebih ramai anak-anak muda di luar sana akan memiliki shoplot sendiri hasil usaha perniagaan mereka.

14. Akhir kata dari Lia, Lia nak ucapkan terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong Lia. Doakan bisnes Lia terus maju ke hadapan, dan doakan agar Lia dapat beli rumah pula sebelum umur 28 tahun.

15. Semoga kita semua terus bersemangat untuk mengumpul harta di usia muda ni ya! Lepas ni Lia akan kongsikan pula macam mana graduan bergaji rendah boleh beli rumah muda-muda. Terima kasih sudi follow Lia tau.

Semoga bermanfaat ya! Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang anda sayang.

P/S : Jemput datang ke Dexandra Outlet Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Buka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Kredit : Follow FB Nur Aliah Mohd Nor, Suka berkongsi Ilmu mahal di Telegram Bisnes. Klik sekarang https://t.me/nuraliahmohdnor

The post Umur 25 Tahun Dah Miliki Shoplot Bernilai RM1Juta. Wanita Muda Ni Kongsi RAHSIA appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.