Terkini

Bayi 10 Bulan Melecur 50% Tak Sengaja Terkena Air Rebusan Ketupat Netizen Mohon Jangan Kecam Ibu Bapa

loading...

Ibu mana yang mampu lihat anaknya terlantar di hospital menahan kesakitan. Malah turut dikecam netizen yang mungkin melihatnya ianya salah ibu bapa. 

Bagi seorang bayi, Muhammad Aniq badannya melecur hampir 50 peratus selepas terkena air rebusan ketupat secara tidak sengaja pada Sabtu lalu. Difahamkan, Aniq yang berada di dalam kerusi bayi (baby walker) tidak sengaja mencapai periuk rebusan ketupat yang kemudiannya terbalik sehingga air rebusan yang masih panas tertumpah pada badan mangsa. 

Ibu bapa kepada bayi berkenaan menghantar anak mereka sejurus selepas kejadian ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan dan kini ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU). Menurut laporan Harian Metro, bayi berkenaan dilaporkan stabil dan masih belum sedarkan diri kerana dibawah pengaruh ubat. 

Ibu saudara mangsa meminta netizen supaya tidak menyalahkan ibu bapa Muhammad Aniq kerana kejadian tersebut tidak dijangka dan mereka sekeluarga masih trauma dan menyesal setiap kali melawat anak mereka di hospital. 

Ini luahan hati dari ibu kepada Muhammad Aniq:




Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.