Terkini

Remaja Cedera Parah Mercun Bola Meletup Secara Tiba-Tiba Dalam Raga Motor

loading...

Kemalangan membabitkan mercun bukan perkara baru, namun orang ramai terutama dari kalangan anak-anak Melayu bagai tidak serik bermain dengan benda berbahaya itu.

Terbaru, nasib malang menimpa seorang remaja lelaki berusia 13 tahun apabila mercun bola di dalam raga motosikal ditunggang meletup secara tiba-tiba.

Memetik Harian Metro, dalam kejadian petang kelmarin di Salor, Kota Bharu itu, remaja terbabit cedera di kaki, tangan dan kepala.

Mangsa dihantar ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut. Menurut laporan, difahamkan mangsa meletakkan mercun bola di dalam raga motosikal ditunggangnya sebelum ia tiba-tiba meletup.

Pengarah HRPZ II Dr Selasawati Ghazali mengesahkan mangsa mendaftar masuk untuk rawatan lanjut pada jam 5.57 petang, kelmarin.

“Selepas menerima rawatan, dia kini dilaporkan stabil,” katanya. Bagaimanapun, keluarga mangsa masih belum bersedia ditemu bual berhubung kejadian itu. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.