loading...
Drama Mokcun mendapat perhatian pada siri pertama apabila gelagat dan loghat Mokcun mencuit hati para penonton sehinggalah terhasilnya drama Raya Sakan Mok Cun .
Namun dalam seronoknya ada yang tak sedap didengar . Habislah Mokcun . Orang kedah nak tampaqqq hang . Orang Kedah mengamuk menganggap drama bersiri Mak Cun menghina cara percakapan dalam loghat terlalu over sehingga merosakkan gaya pertuturan orang di negeri utara tanah air itu.
Tweet dari penonton Mokcun Fatenism menyatakan tidak puashati beliau mengenai cara Mokcun bercakap ikut loghat kedah. Tweetnya mendapat balasn lebih dari 16 ribu dan kini viral .
"Kalau nak belajar cakap Kedah tengok TV3, dengar Farid Kamil cakap, bukan tengok Raya Sakan Mak Cun.
"Orang Kedah semua rasa nak tampaq (tampar) dia," tulisnya.
Ada pula menganggap watak-watak dalam rancangan itu seolah-olah memperleceh dan menghina loghat Kedah, hingga ia menyinggung anak jati negeri itu ketika siaran langsung program itu.
"Kita ni tahan ja depa cakap lagu tu. Seolah-olah memperkotak-katikkan loghat kita. Berani depa pelechey (memperlekeh) loghat kita noo.
"Hat tu over lebih. Kami yang belah utara ni pun menyampah tengok depa semua tu," tulis beberapa pengikut yang tidak berpuas hati.
Perdebatan mengenai perkara itu tambah menarik apabila ada beberapa pengikut yang mendakwa berasal dari Pulau Pinang turut berasa terkesan dengan penggunaan loghat dalam Mak Cun.
Menganggap orang 'luar' bercakap utara sebagai pelik, pengikut yang menggunakan nama @Nur_Muhammad58 itu memberitahu mahu memboikot program itu.
"Kami wakil dari Pulau Pinang pun agak tertekan dengan hal sebegini. Orang luar cakap utara pelik kot.
"Jadi kami ambil keputusan untuk tampar berjemaah," tulisnya.
sumber : Mstar
www.kakishare.my
www.kakishare.my
Sumber : kaki share
Sumber :
Sumber : jubahsemalam
loading...
0 comments:
Post a Comment