Terkini

Tiga Adik Beradik Tekad Kayuh Basikal Sejauh 570 Kilometer Untuk Sambut Hari Raya Bersama Ibu Tercinta

loading...

Sempena bulan Syawal dan masih lagi dalam suasana hari raya, sudah tentu ada yang mengambil peluang untuk bermaaf=maafan dan mengeratkan tali persaudaraan yang telah terputus. 

Baru-baru ini, kisah seorang ibu tunggal yang gigih menunggang motosikal selama 6 jam untuk pulang berhari raya menjadi trending di media sosial. Ramai netizen tersentuh dengan ketabahan hati wanita tersebut. 

Lain pula ceritanya yang berlaku di Indonesia. Kisah tiga beradik ini mendapatkan perhatian dan menjadi bualan sehingga menyentuh hati netizen di sana. Tiga adik beradik yang remaja ini tekad untuk berbasikal sejauh 570 kilometer semata-mata mahu menyambut Aidilfitri bersama ibu mereka. 

Okta yang berusia 15 tahun dan dua adiknya Rizal serta Aslam masing-masing berusia 13 dan 10 tahun. Mereka mengayuh basikal selama lima hari bermula di Organ Ilir meuju ke rumah ibu mereka yang terletak di Tangerang, Jakarta. 

Menurut laporan portal berita Detik.com, ketiga-tiga adik beradik tersebut tinggal bersama nenek mereka di Indralaya manakala ibunya pula di Jakarta kerana bekerja untuk menyara keluarganya. 

Okta memberitahu mereka membuat keputusan tersebut kerana mahu berjumpa dan bersalam dengan ibu mereka kerana tidak dapat pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri. Dengan berbekalkan wang yang diberi oleh nenek mereka serta beberapa helai pakaian mereka meneruskan misi perjalanan ke Tangerang pada Sabtu lalu.

Difahamkan ketiga-tiga mereka telah selamat sampai berjumpa dengan ibu mereka dan sempat menyambut hari raya bersama-sama. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.