loading...
Pelakon jelita Uqasha Senrose menjadi bahan bualan semalam.
Kehadirannya di Anugerah Skrin 2017 nampaknya menjadi kritikan orang ramai.
Penampilan dan baju yang dikenakan Uqasha Senrose teruk dikritik di laman media sosial.
Uqasha Senrose dikatakan semakin gemuk malah baju yang dipakainya dikatakan amat buruk.
Gaun nya itu juga disamakan seperti kain langsir rumah yang tidak siap.
Ada juga peminat yang menyatakan rasa rindu dengan Uqasha Senrose yang lama ketika bertudung, nampak lebih cantik dan manis.
Memang bertalu-talu Uqasha Senrose dikecam para netizen terutama nya para haters.
Terkesan dengan komen negatif dan kritikan orang ramai terhadapnya, Uqasha Senrose tampil memberi komen balas di laman media sosial.
Uqasha Senrose menyatakan dia tidak kisah dikecam sebegitu asalkan dia kini sedang gembira.
Ini kenyataan Uqasha Senrose:
"Kata la nak kata apa pun GEMUK ke BURUK ke as long as I'm HAPPY !"
Ini fotonya:
Uqasha Senrose kemudian bertindak membuang semua komen dan menutup ruang komen di tiga keping gambarnya yang dikecam teruk.
Pelakon jelita ini kini berumur 25 tahun dan berasal dari Kelantan.
Uqasha Senrose dilahirkan pada 6 Julai 1992 di Kota Bahru dan merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik.
Dia merupakan kekak kepada pelakon popular Nelydia Senrose dan bekas juara Dewi Remaja 2015 iaitu Raysha Rizrose.
Sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan, Uqasha Senrose mrupakan pramugari di AirAsia.
Sumber : berita memey
Sumber : alamviral
loading...
0 comments:
Post a Comment