Terkini

"Kemenangan ini bukti saya tidak bersalah.." Datin Maria Farida

loading...


Pelakon Datin Maria Farida telah berkahwin dengan Datuk Rahman Shakur pada November 2015 dan mencetus beberapa kontroversi dengan bekas isteri Datuk Rahman Shakur.

Setelah berkahwin bekas isteri suaminya iaitu Karen Rahman atau nama penuhnya Hadijah Mokhtar telah berperang di laman media.

Telah berlaku sedikit perbalahan antara Maria Farida dan Karen Rahman menyebabkan tindakan mahkamah diambil.

Hari ini, melalui laporan mStar, Maria Farida akhirnya mampu menarik nafas lega apabila memperoleh kemenangan terhadap saman fitnah yang difailkan terhadap bekas isteri suaminya itu.

Maria Farida berkata, derita selama dua tahun difitnah wanita tersebut akhirnya terbayar sekali gus dapat membersihkan namanya yang tercalar dengan pelbagai tohmahan sebelum ini.

Ini kenyataan Maria Farida (via mStar)

"Sepanjang dua tahun saya dan keluarga menerima pelbagai fitnah daripadanya sehingga ia meninggalkan kesan mendalam pada diri saya.

"Ramai memandang serong terhadap saya gara-gara fitnah yang dilakukannya dan kemenangan ini bukti saya tidak bersalah.

"Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada saya dan berharap dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang dan tanpa sebarang gangguan selepas ini,"

Maria Farida turut berkongsi tentang keputusan mahkamah itu di laman media sosial Instagram miliknya.

Ini perkongsian Maria Farida:



Maria Farida memberitahu keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Maria Farida memberitahu dia akan mengemukan tuntutan ganti rugi terhadap Karen Rahman dan dokumentasi mengenai perkara itu sedang diuruskan oleh pihak peguamnya.

Dalam pada itu, Maria Farida menambah, pihak mahkamah juga memerintahkan Karen Rahman menjalani hukuman penjara selama dua minggu selepas dia tidak mengendahkan notis supaya menghadiri perbicaraan.

Kata Maria Farida, dia berharap hukuman dan keputusan dikeluarkan mahkamah menjadi pengajaran kepada wanita itu dan tidak lagi menggangu hidupnya selepas ini.

Ini pendedahan Maria Farida lagi:

"Jika benar saya salah mengapa dia takut untuk datang ke mahkamah? Akibat kedegilannya itu mahkamah memerintahkan dia dipenjarakan selama dua minggu.

"Keputusan hari ini juga membuktikan siapa salah dan sebaliknya. Saya benar-benar berharap dia tidak mengulangi perbuatannya dan belajar daripada kesilapan,"

Sebelum ini, Maria mendakwa Hadijah atau lebih dikenali sebagai Karen Rahman secara berterusan membuat pelbagai tuduhan dan fitnah terhadapnya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Wanita itu mendakwa Maria Farida menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan Datuk Rahman Shakur.

Sementara itu Karen juga didakwa turut membuat tuduhan Maria Farida memukul anaknya iaitu Qalif ketika Maria menjaga anaknya itu.

Sumber: mStar


Sumber : berita memey

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.