Terkini

Guna Lori Tanah Taktik Terbaru Curi Motosikal Berjaya Dirakam CCTV

loading...

Kes curi kenderaan terutamanya motosikal dilaporkan menjadi antara penyumbang utama kepada kadar jenayah di negara kita. Menurut laporan The Star Online pada tahun lepas Malaysia berada di tangga ke 6 dunia dalam kes curi kenderaan. 

Pelbagai kaedah digunakan oleh penjenayah untuk melakukan kegiatan curi motosikal. Taktik-taktik sering diperbaharui mengikut peredaran masa bagi mengelakkan daripada tertangkap. 

Semalam, satu rakaman video mengenai kes curi motosikal yang berlaku baru baru ini menjadi tular di media sosial. Apa yang mengejutkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan penjenah menggunakan teknik terbaru iaitu menggunakan lori tanah untuk mengaburi mata orang ramai tentang kegiatan mereka. 

Melalui rakaman itu, dapat dilihat dua pencuri motosikal tersebut membawa sebuah lori tanah kemudian memakir di bahu jalan berhampiran dengan tempat parkir motosikal. 

Walaupun pandangan terlindung dengan lori tersebut, tetapi masih dapat dilihat salah seorang daripada pencuri yang lengkap memakai topi keledar turun dari lori dan terus membuka kunci motosikal jenis Yamaha LC. Tidak sampai beberapa saat, sebuah motosikal berjaya dilarikan. 



Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.