Terkini Viral

"Saya Orang India, Saya Tak Kisah Pun Dengar Azan Malah Bersyukur Dapat Dengar Azan"

loading...

Sering kali kita mendengar sesetengah masyarakat bukan Islam yang kurang sensitif dengan laungan azan. Ada yang berasa kurang senang terpaksa mendengar laungan azan 5 kali sehari. 

Namun bagi lelaki ini ianya berbeza sekali. Beliau bukan merasakan kurang senang sebaliknya beliau sangat bersyukur dengan setiap kali laungan azan.

"Laungan azan Subuh merupakan jam loceng semulajadi saya" luah seorang lelaki India yang sangat menghormati azan malah menjadikannya sebagai peringatan kepada beliau. 

"Azan Subuh jam loceng saya untuk bangun pagi"

"Azan Zohor mengingatkan saya untuk makan tenghari"

"Azan Asar merupakan masa untuk saya bermain futsal bersama kawan-kawan"

"Azan Maghrib tandanya saya busuk dan saya kena mandi"

"Azan Isyak tandanya saya perlu letak telefon dan mula ulangkaji pelajaran" 

"Lagipun setiap azan hanya 2 minit atau lebih pendek, jadi kenapa nak terasa pula bro?" tambahnya lagi. 


Luahan yang ditulis di UKM Confession itu menjadi terus mendapat perhatian netizen yang rata-rata memuji sikap lelaki India tersebut kerana menghormati keindahan agama lain. 



Sumber : kaki share

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.