loading...
Kisah yang ingin saya ceritakan berkenaan betapa ada perempuan yang sanggup buat apa sahaja untuk menarik perhatian lelaki..seperti yang saya paparkan mesej seorang perempuan ke hp suami saya seolah2 mesej salah dihantar.
Dengan bahasa lucah, untung sabut timbul n untung batu tenggelam kekdahnya..kalau dapat pada lelaki gersang, mau perhubungan berpanjangan..memang ketara sangatkan mesej hendak memancing lelaki..
Ini bukan kali pertama suami saya dapat mesej yang salah dihantar..tapi yang ini memang betul2 bole mencabar iman..dulu pernah dapat call dari seorang perempuan..dia yang call suami tapi dia yang tanya siapa nama suami..suami blur2 bagitau nama, terus lepas tu call banyak2 kali bila suami cakap salah orang.
Agak2 kali kelima saya dah tak boleh tahan, saya pulak yang jawab call tu dan tanya sebenarnya dia nak cakap dengan siapa..terus dia mention no. phone suami saya tapi instead of 019 dia tukar kepada 016.
Bila saya tanya nak cakap dengan siapa terus dia tergagap2 menjawab yang dia salah no..memang saya marah dia dan cakap kalau rasa2 salah no. x payah nak call berulang kali sebab mengganggu orang..terus lepas tu dah takde call dari dia..
Ada tu wasap suami saya buat2 bertanya sesuatu, bila suami tanya siapa dia, dengan berterus terang dia jawab yang dia saja je nak mesej suami saya..ada jugak yang direct cakap nak berkenalan.
Memang ketara sangat desperate perempuan2 ni..kami bukan la muda, punya anak2 yang dah besar2..tapi dari segi kehidupan alhamdulillah agak senang walaupun bukan tahap jutawan..pekerjaan suami agak mantap..jadi makin ramai lah langau2 nak mengimpit rasanya..
Jadi mesej yang ingin saya sampaikan di sini ialah pesanan pada suami, jangan di bukakan ruang untuk langau2 ni menghimpit..bila dapat je call, mesej atau e mail yang rasa2 boleh membawa bencana pada rumahtangga, terus je block..bercerita lah pada isteri sebab takut menjadi salah sangka pada pihak isteri..
Pesanan pada isteri pula, sentiasa mendengar segala cerita dari suami dengan hati yang terbuka..contoh kalau dapat mesej2 yang begini, lapangkan dada..rilexkan diri sebab kalau kita marah2, kita yang rugi sebab takut suami dah malas nak bercerita apa2 benda pada kita..
Sumber : kaki share
Sumber : alamviral
loading...
0 comments:
Post a Comment