Terkini Viral

Kalimah Allah Di Tapak Kasut, BATA Keluarkan Reka Bentuk Baru Untuk Elak Kekeliruan Pengguna

loading...

Baru-baru ini di media sosial tersebar surat yang didakwa dikeluarkan sebuah sekolah agama di Johor, menggesa ibu bapa memeriksa reka bentuk kasut sekolah B.first oleh Bata berikutan mengesyaki ia mempunyai kalimah Allah pada bahagian tapaknya.

Ini menyebabkan syarikat berkenaan segera menarik semula sebanyak 70 ribu pasang kasut yang bermasalah. 

Namun, Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran mengesahkan tulisan pada tapak kasut jenama Bata tidak menyerupai kalimah Allah. 

Terbaru, pengurus serantau Bata Primavera, Paul Kelsey ketika mengadakan sidang media, memaklumkan semua kasut yang ditarik semula itu akan dikembalikan semula ke pasaran. 

Namun begitu, beliau berkata ia akan tampil dengan reka bentuk yang terbaru supaya mengelakkan timbul lagi sebarang kekeliruan. Dijangka kasut berkenaan akan dipasarkan pada Jun atau Julai tahun ini


Sumber : kaki share

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.