Terkini

Pemilik Gerai Adi Yusof Berhenti Berniaga Selepas Terima Kecaman Dan Ugutan

loading...

Hasil menerima kecaman di media sosial, gerai nasi lemak 'GAY' yang beroperasi sejak Januari ditutup buat sementara waktu bagi meredakan keadaan.

Namun, memetik laporan The Star, pemiliknya yang dikenali sebagai Adi Yusuf tampil memberi penjelasan nama 'gay' yang diguna pakai itu tidak bermaksud lelaki homoseksual tetapi singkatan Gerai Adi Yusuf.

“Saya tidak sangka ia kecoh satu Malaysia. Saya terus kena kecam. Kuasa media sosial sangat menakutkan.”

“Saya ambil keputusan untuk berhenti berniaga buat sementara selepas menerima banyak kecaman. Saya tunggu ia reda dahulu.”

Adi yang berusia 33 tahun tidak menyangka iklan nasi lemak di gerainya yang diletakkan Selasa mencetuskan kontroversi dalam sekelip mata.

“Saya bukan letak nama Nasi Lemak Gayboy pun. Saya tidak sangka masyarakat terus menghina saya dan menjatuhkan hukum tanpa usul periksa.” 

Nasi Lemak GAY beroperasi setiap pagi di Taman Segar, Cheras menjual nasi lemak biasa pada harga RM2, nasi lemak kerang (RM4) dan nasi lemak ayam (RM5).

Turut dijual beberapa jenis makananan untuk sarapan seperti bihun goreng, mi goreng, kueh teow goreng dan kuih-muih.


Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.