loading...
Aku kenalkan diri aku sebagai Man. Sebab aku lelaki, jadi aku pilihlah nama itu. Sedap sikit bunyi. Okay, aku akan mulakan cerita aku.
Impian semua orang adalah untuk memiliki keluarga bahagia, bukan? Ya, aku juga sama. Tetapi, bukan kehidupan jika semua orang merasakan bahagia. Aku adalah antara insan yang terpilih. Tetapi, apa lagi yang aku boleh buat? Nak menangis pun nanti kena kecam sebab lelaki tak patut menangis. Karut betul. Menangislah adalah cara yang terbaik untuk release tension. Tetapi aku dengan air mata, dah macam jadi sahabat. Aku akui sebagai lelaki, memang aku lemah. Sampai satu tahap aku rasa, aku inilah lelaki yang memalukan lelaki sebab menangis saja. Dah besar gajah pun. Tetapi aku tak akan menangis kalau tak ada buat perkara yang aku menangis. Terlalu menyakitkan untuk diceritakan, tetapi aku dah tak tahan sangat simpan seorang diri.
Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Ibu aku suri rumah, ayah aku pemandu lori. Aku ada seorang adik. Walaupun begitu, hubungan kami menjadi semaking renggang. Sejak adik aku dilahirkan, aku seperti tidak diambil peduli. Dan memandangkan aku anak sulung, seolah-olah separuh tanggungjawab ibu bapa diserahkan kepada aku. Bayangkan, masa itu aku masih kecil lagi. Bila nak basuh pinggan sendiri itu rasa okay lagi. Tapi kalau dah dengan semua mangkuk pinggan satu hari buat hidang lauk pauk, tak rasa ke lenguh ke tangan aku yang kecil lagi ini. Alasan ibu aku suruh buat macam itu, sebab nak ajjar aku berdikari. Sebab aku sangatlah innocent lagi comel, aku ingat umur lima tahun memang kena belajar buat kerja rumah. Tetapi, semakin adik aku membesar, malah sampai umur sepuluh tahun pun, jarang dia sentuh span cuci pinggan. Jangankan span, penyapu pun tak tahu. Tapi bila dia buat kerja rumah itu, walaupun cuma mengelap meja, mak aku punya puji, macam adik aku baru menang pingat emas olimpik. Aku betul-betul terasa ketika itu. Aku dulu tak pernah pun dipuji. Kena kerah lagi adalah.
Bila dah besar, dah masuk universiti ini, ingat boleh hidup bebas. Aku silap rupanya. Talian kekeluargaan itu tak akan pernah putus. Adik aku perlukan bantuan untuk kerja rumah dia. Tapi, dia suruh mak aku bagitahu aku, sebab kalau dia bagitahu aku, haram aku nak buat. Bila aku cakap aku sibuk dengan assignment, group project… Kau tahu apa mak aku cakap?
“Eloklah. Sibuk dengan urusan tak penting itu. Adik sendiri pun terbiar sahaja. Memang benda itu boleh bawa mati esok lusa.”
Aku macam nak menangis. Sebab itu saja, dia melenting tak pasal. Tetapi, aku tak pernah ceritakan dekat sesiapa. Malah, roomate aku pun tak bagitahu walaupun ada juga dia perasan mata aku ini selalu merah. Yalah, aku cuma pendam sebab nak jaga aib keluarga aku saja. Biarlah aku tanggung seorang diri masa itu, sebab aku boleh lagi pendam masa itu.
Aku ingat, masa bulan puasa, aku balik ke rumah. Memang malas sebenarnya, tetapi mak cik saudara aku datang, dan ayah aku suruh balik. Itupun aku menolak, tetapi lepas kena herdik beberapa kali dengan ayah aku, melangkah jugalah kaki ini ke rumah yang aku anggap neraka dunia itu. Sebab penat sangat waktu balik, yalah… jarak universiti aku dengan rumah aku jauh kut. Lain-lain negeri. Jadi, balik itu, tertidurlah sampai lupa nak solat. Penat sangat. Dahlah puasa. Tapi, bila aku bangun dan dah rasa segar, aku keluar dari bilik dan mak aku tegur. Tanya akku dah sembahyang belum. Aku jawablah belum. Kau tahu apa yang dia jawab.
“Eloklah itu tak sembahyang. Aku jadi tak ada mood nak masak. Esok kau tak payah puasalah. Tak guna puasa kalau tak sembahyang.”
Aku belum sempat jelaskan keadaan sebenar, tetapi dia dah perli aku awal-awal. Dahlah mak cik saudara aku itu ada, dengar lagi. Memang mulut mak ayah aku yang kasar itu dah dikenali oleh kaum kerabat keluarga kami. Tak ada apa yang nak dihairankan. Cuma, aku boleh tengok reaksi muka mak saudara aku macam terkejut. Kemudian, dia beri aku tanda supaya suruh bersabar. Tetapi, aku tak tahan sangat. Lepas sembahyang, aku menangis atas sejadah.
Pernah sekali itu, adik aku buat aku marah. Aku pun tak ingat sebab apa tetapi memang aku marah. Aku tak sengajalah keluarkan kata kesat. Mak aku dengar, dia punya marah. Dia boleh cakap aku ini macam memperhambakan keluarga. Mulut aku makin melampau. Tak tahu nak bercakaplah… Tapi bila turn adik aku cakap benda yang lagi kesat, dia marah juga. Tapi tak lama pun gaduhnya. Sekejap dah baik semula. Aku? Nak pandang pun tak mahu. Macam aku ini Firaun pula, yang memperhambakan orang sesuka hati. Padahal, bukankah selama ini aku yang diperhambakan?
Bila dah kerja, makin upgrade pula. Aku dah ada pendapatan tetap, tetapi adik aku belum dapat kerja tetap. Dia kerja part-time masa itu. Aku ingatkan, kali ini aku boleh lari dari semua masalah. Dan aku tekad, kali ini aku tak nak menangis dan terlibat dengan masalah mereka. Tapi, aku silap lagi dan lagi. Ayah telefon aku untuk pinjam duit. Aku tanya nak buat apa. Dia cakap nak belikan motor adik aku. Senang adik aku nak kerja.
Masa itu aku ingat satu saja, aku dah cukup lama jadi tunggul, jadi aku jawab aku tak ada duit. Sesen oun aku ada. Paling tak boleh blah, aku jawab aku derma dekat satu rumah anak yatim. Tak cukup ayah telefon, mak aku pula telefon. Kali ini aku bagi sedas. Aku derma dekat rumah anak yatim sebab kesian, mereka tak ada mak ayah. Kecil-kecil dah kena belajar berdikari. Biar besar nanti tak menyusahkan orang. Mak aku terus tutup. Mungkin terasa.
Raya macam biasa, aku balik sekadar tunjukkan muka saja. Aku perasan, ada kereta baru di rumah aku dan aku dapat tahu itu kereta adik aku. Aku macam terkejut. Aku tanyalah mana dapat duit beli kereta itu. Mereka jawab duit merekalah. Kemudian, aku perasan adik aku ada telefon baru. Iphone. Banyak pula duit. Tapi, aku dapat tahu lagi rupanya mak ayah aku juga keluarkan duit untuk beli telefon itu. Tak akanlah baju raya dia sekali mak ayah aku belikan juga.
Tapi, jawapannya ya. Memang mak ayah aku belikan.
Ya Allah, aku rasa macam hilang segala tangisan waktu itu. Itulah hari yang aku rasa palig gembira sekali. Aku akui, aku terasa sedikit sebab mak ayah aku sanggup belikan semua itu untuk adik aku, tetapi untuk aku tak. Tapi, aku cuba jadi positif, dan aku fikir… adik aku dah tunjukkan belang. Aku tak rasa mak ayah aku suka keluarkan duit kelak nanti untuk penuhi kemahuan adik aku. Sekarang ini, baru kecil-kecil. Esok lusa, beli rumah pun minta duit mak ayah, jangan cari aku.
Sebenarnya, perkara ini masih berterusan sampai sekarang. Hubungan aku dengan keluarga aku makin hari makin renggang sampai kalau orang pandang kami, tak nampak pun kami ini satu keluarga. Aku dilihat sebagai orang luar saja. Mak ayah aku tetap terus mengherdik aku, dan terus memanjakan adikku.
Tetapi, tak mengapalah… Bukan aku yang nak jauhkan diri daripada mereka, tetapi mereka sendiri yang jauhkan diri daripada aku. Bila nak bantuan, barulah munculkan diri. Tak apalah. Aku ada Allah yang akan sentiasa bersama aku. Insya-Allah, pasti mereka akan berubah dan nampak silapnya nanti. Aku harap dapatlah lihat mak ayah aku berubah sebelum mata aku terpejam. Aku takut, sebab ajal tak pernah mengira usia.
Apapun, terima kasih sebab dah baca cerita ini. Aku bukannya nak burukkan anak bongsu ke anak tengah aku… tapi inilah pengalaman hidup aku. Sekurang-kurangnya aku rasa lega selepas cerita semua ini. Dan aku berdoa, semoga aku dapat membimbimng keluarga aku lebih baik agar mereka tidak merasai apa yang aku rasai.
Sekian, terima kasih.
-Anak Sulung-
Sumber : kaki share
Sumber :
Sumber : jubahsemalam
loading...
0 comments:
Post a Comment