loading...
Fizo Omar Dedah Mawar Fareeda Ada Ketumbuhan, Punca Sukar Mengandung Sebelum Ini
Fizo Omar dan isteri Mawar Abdul Karim telah menerima khabar gembira apabila kini bakal meninang cahaya mata pertama.
Kini Fizo berkongsi cerita bahawa siterinya pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kecil pada tahun lalu.
Ketumbuhan itu antara punca mengapa isterinya sukar hamil sebelum ini ditambah lagi dengan faktor persekitaran seperti pemakanan dan tekanan kerja.
Ini komennya:
PUNCA SUKAR MENGANDUNG
"Paling tepat untuk saya katakan, ia berkait-rapat dengan rezeki Allah namun saya percaya beberapa faktor lain turut menyumbang kepada permasalahan itu seperti pemakanan dan tekanan kerja kerana kami memang dikenali sebagai pasangan aktif bekerja.
"Tapi itulah, kalau Allah dah nak bagi... selepas setahun lebih menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan tersebut, akhirnya kami terima berita gembira ini,"
NASIHAT KEPADA PASANGAN LAIN
"Terus berdoa, jangan berputus asa dan harus percaya rezeki Allah itu luas. Kalau Dia belum beri kita rezeki anak, mungkin dia beri dulu rezeki kesihatan dan kebahagian yang kita sendiri tidak sedar," katanya.
ADA HIKMAH LAMBAT DAPAT ANAK
"Bayangkan kalau Dia bagi rezeki itu serentak! Mana nak jaga anak, mana nak tumpukan pada perniagaan dan pasti ini akan menjadi lebih complicated! Sebab itu saya kata perancangan-Nya Maha hebat... buktinya, kami capai target dalam perniagaan dan tepat waktunya, berita ini pula kami terima," katanya dengan syukur.
NALURI DAPAT ANAK
"Betul! Naluri dan keyakinan itu dapat saya rasa sehingga setiapkali melintasi premis menjual pakaian dan permainan bayi, saya dan Mawar pasti akan spontan mengeluarkan dialog;
"Sayang, ni mungkin sesuai untuk baby (sambil mereka-reka nama bayi) dan kalau ada orang tengok, pasti ingat kami dah tak betul...,"
Tahniah diucapkan kepada Fizo dan juga Mawar. Semoga dipermudahkan urusan.
Sumber : berita memey
Sumber : alamviral
loading...
0 comments:
Post a Comment