Terkini Viral

Pesawat MH128 Diceroboh, Penerbangan Dari Melbourne Ke KL Berpatah Balik.

loading...
Sebentar tadi Penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur telah dialihkan kembali ke Melbourne kerana insiden ‘gangguan penumpang’.

Menurut kenyataan Pihak MAS, penerbangan itu kembali semula ke Melbourne selepas kapten kapal yang bertugas dimaklumkan oleh krew kabin bahawa terdapat penumpang yang cuba memasuki kokpit pesawat tanpa kebenaran dari pihak Airlines.

Pesawat MH128 yang berlepas dari lapangan terbang Melbourne pada jam 23:11 dan sepatutnya dijadual tiba Kuala Lumpur jam 05:28 pada 1 Jun kini telah berpatah balik ke Melbourne selepas kapten kapal yang beroperasi telah dimaklumkan oleh krew kabin ada penumpang dengan tanpa kebenaran cuba memasuki kokpit pesawat tersebut.
Melalui laporan tersebut 11 orang dari penumpang pesawat telah berjaya menahan lelaki terbabit selepas dia cuba memasuki ruangan kokpit dan lelaki terbabit mengaku membawa bahan letupan.

“Keselamatan adalah keutamaan utama Malaysia Airlines,” lapor  kenyataan itu.

Walaubagaimanapun Pesawat MH128 telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Melbourne pada jam 11:41. Pesawat itu kini sedang menunggu bantuan keselamatan tiba di pesawat.

Sumber : dailystar.co.uk


Sumber : kaki share

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.