Terkini

Video Wanita Konon Diculik Tapi Sebenarnya Ditangkap Majikan Sendiri Kerana Mencuri

loading...

Sebuah status dan video rakaman seorang wanita dipercayai diculik sekumpulan lelaki yang tular sejak Selasa lalu adalah tidak benar!

Memetik mStar Online, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa mengesahkan wanita warga Indonesia itu merupakan suspek kes curi di Gombak.

"Wanita berkenaan (pembantu rumah) ditangkap majikan lamanya dan diserahkan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak. Kini mangsa ditahan di IPD Gombak," katanya.

Tambahnya, suspek berusia 23 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan atas tuduhan mencuri yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.


Terdahulu, sebuah rakaman berdurasi 1 minit 22 saat mula disebarkan menerusi akaun Facebook Adrian Ismail memaparkan seorang wanita yang berjalan dengan seorang lelaki kemudiannya dibawa menaiki sebuah kereta oleh sekumpulan lelaki.

Dalam kejadian di Jalan Sultan Ismail itu, suspek ditangkap lelaki terbabit selepas cuba melarikan diri. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.