Terkini Viral

(Kenyataan Rasmi) Pereka Fesyen Dedah Erin Malek Hutang Kahwin RM80,000 Tak Bayar

loading...
 

Seorang pereka fesyen terkenal, Azura Mazaruddin telah membuat satu pendedahan yang amat mengejutkan tentang sikap seorang pelakon popular.

Azura yang juga juga pemilik butik Azura Couture telah menddahkan pelakon cantik Erin malek berhtang sebanyak RM80,000 dengannya ketika berkahwin.

Pereka feseyen ini mahu perintah mahkamah dilaksanakan terhadap Erin yang gagal melunaskan hutang berjumlah RM50,000 selepas disakaun dari RM80,000.

Azura sebelum ini mendakwa Erin gagal membayar hutang berjumlah RM80,000 selepas menggunakan khidmatnya untuk majlis pernikahan dan persandingan pelakon berkenaan.

Pihak Erin kemudian meminta diskaun dari RM80,000 itu dan Azura hanya meminta RM50,000 sahaja, namunianya tetap belum dilunaskan.

Erin Malek bernikah dengan jejaka pilihan hatinya Farriz Fauzy pada 10 Oktober 2014 dan sehingga kini pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.

Azura ketika dihubungi berkata, tahun lalu pihaknya sudah menghantar surat peguam dan pelakon itu bersetuju untuk menjalani proses mediasi.

Ini pendedahan Azura:

"Dalam proses terbabit Erin yang diwakili bapa tirinya meminta agar harga bayaran perkhidmatan dan baju perkahwinan yang saya hasilkan dikurangkan kepada RM50,000.

"Pihak kami bersetuju dengan permohonan itu dan mahkamah memutuskan bahawa Erin yang diwakili oleh bapa tirinya harus melunaskan hutang berkenaan dengan membayarnya secara berperingkat setiap bulan"

Bagaimanapun selepas setahun, Erin Malek masih lagi belum melunaskan bayaran seperti yang dipersetujui.

Jelas Azura lagi, paling teruk, Erin juga tidak memulangkan baju tersebut. Berikutan Erin Malek meminta harga dikurangkan, mahkamah mengarahkan pelakon itu memulangkan baju perkahwinan yang dihasilkan pereka fesyen terbabit.

Ini komen Azura:

"Dia bukan sahaja tidak bayar, malah tidak memulangkan baju seperti yang diarahkan"

Tambah Azura lagi, untuk mendapatkan kembali haknya, dia hanya ada satu jalan iaitu meminta mahkamah mengeluarkan arahan pelaksanaan perintah.

Namun begitu, Erin Malek telah berpindah dan tidak tahu di mana dia tinggal.

Ini penjelasan dari Azura:

"Bagaimanapun bukan mudah untuk melaksanakannya kerana surat harus diserahkan kepada Erin. Masalahnya, dia sudah berpindah dan pihak saya tidak tahu alamat terbarunya"

Azura menjelaskan, dia cuba menjejaki Erin menerusi Instagram milik pelakon itu tetapi pesanan yang dihantar tidak berjawab. Erin dilihat cuba mengelak Azura.

Malah kata Azura lagi, cubaan menghubungi melalui instagram juga gagal. Dan komen yang ditulis di laman IG juga dipadam.

Jika dilihat, Erin Malek kini tidak lagi membenarkan komen ditulis di ruang IG miliknya, dia telah pun menutup ruang komen.

Erin Malek amat popular di IG dan followrnya mencecah 1.3 juta orang. Erin mula popular melalui filem Tentang Bulan dan kemudian banyak berlakon drama sebelum berkahwin dengan Fariz.

Sumber: Harian Metro

Sumber : berita memey

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.