loading...
Pelakon dan penyanyi popular Izzue Islam merupakan selebriti yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Nama Izzue kini boleh dikatakan agak besar dalam industri seni tanah air. Selain hebat menjadi penyanyi bersama kumpulan Forten dibawah didikan KRU, Izzue Islam juga hebat berlakon.
Tenyata lakonan Izzue Islam amat hebat dan berjaya menghayati watak dengan baik dan ini dibuktikan dengan satu kejadian yang berlaku terhadap Izzue Islam baru-baru ini.
Pelakon kacak ini berkata dia telah dimarahi oleh seorang lelaki tua yang terlalu obses dengan sebuah drama lakonannya iaitu Patahnya Sebelah Sayap.
Untuk pengetahuan, dalam drama itu, Izzue telah membawakan watak sebagai seorang yang jahat atau watak antagonis.
Becerita tentang kejadian itu, secara tiba tiba Izzue didatangi seorang lelau yang agak berumur dan dia dia terkejut apabila dimarahi oleh lelaki berkenaan.
Kejadian dikatakan berlaku ketika Izzue menghadiri sebuah majlis hiburan dan ketika itu tiada pengurus bersamanya.
Ini pendedahan Izzue Islam:
"Saya terkejut apabila seorang pakcik datang dan memarahi saya kerana jadi jahat seperti dalam drama itu. Dia nasihatkan saya supaya tidak buat seperti itu di kehidupan sebenar."
"Pada mulanya agak bimbang kerana pengurus saya tidak berada bersama ketika itu, tapi kejadian itu sekejap sahaja dan dia berlalu pergi,"
Selain itu, dalam masa yang sama, seperti kejadian diamrahi lelaki tadi, Izzue juga mendapati ramai yang tak suka dia membawa watak jahat.
Yang mengejutkan, bermula dia membawa watak jahat, didapati ada yang mula unfollow laman media sosial miliknya.
Oleh itu, Izzue Islam akui ramai peminat yang tidak gemar dia melakonkan watak bersisi gelap.
Ini komen Izzue Islam:
"Seperti drama Patahnya Sebelah Sayap saya lihat ramai juga yang marah-marah di Twitter dan ramai yang 'unfollow ' di Intagram."
"Saya sedar pengikut berkurangan kerana mungkin terkesan dengan perkara itu, maklumlah selalu saya bawa cerita yang baik-baik"
Walaupun kejadi ini berlaku kepada nya, ini tidak menghalang Izzue Islam untuk meneruskan perjuanagnnya dalam bidang seni dengan membawa watak jahat.
Lakonan watak jahat dan antagonis keduanya menerusi telefilem berjudul Jongkong bakal ditayangkan pada malam Ahad di Astro Mustika HD 11 Nov jam 9 malam.
Apabila ada penonton yang tak suka dengan watak jahat seorang pelakon, ini bermakna lakonan seseorang pelakon itu amat hidup, menjadi dan berkesan.
Mungkin mereka yang unfollow dan memarahinya itu terlalu terbawa-bawa dengan lakonan mantap watak jahat Izzue.
Sementara itu, Izzue telah menandatangani kontrak beraksi dalam filem Pailang JB yang diadakan di Comedy Planet, malam Khamis lalu yang mana ini merupakan filem pertama dia membawakan watak gengster atau budak nakal.
Bercerita tentang filem Pailang JB, pelakon ini menerima tawaran tersebut disebabkan banyak adegan aksi dan perlumbaan.
Untuk memantapkan lagi penglibatannya dalam filem ini, Izzue akan memasuki beberapa kelas untuk latihan mempertahankan diri sebelum memulakan penggambaran.
Ini komen Izzue:
"Dalam filem ini saya membawakan watak budak kolej yang suka berlumba dan banyak babak pertarungan dan lumba kereta.
"Ini kali pertama saya ditawarkan watak seperti ini dan sudah tentu cabaran utama adalah perlu belajar seni mempertahankan diri,"
Filem Pailang JB akan diarahkan oleh Ryzal Yusoff dan akan memulakan penggambaran pada Disember depan.
Sumber: mStar
Sumber : berita memey
Sumber :
Sumber : jubahsemalam
loading...
0 comments:
Post a Comment