Terkini

"Memang Saya Pegang Tangan Shah Iskandar, Saya Terkejut Ramai Marah.." - Uqasha Senrose

loading...

 "Memang Saya Pegang Tangan Shah Iskandar, Saya Terkejut Ramai Marah.." - Uqasha Senrose



Uqasha Senrose dikritik hebat apabila berpegangan tangan dengan pelakon Shah Iskandar dalam satu event baru-baru ini.

Umum mengetahui Shah Iskandar sudah berkahwin, dan ini menyebabkan orang ramai tidak senang dengan keadaan itu.

Apabila ditanya tentang isu ini, Uqasha akui memang dia ada memegang tangan Shah iskandar di majlis itu.

Walaubagaimanapun, dia menegaskan sekeras-kerasnya bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Shah Iskandar.


Ini komennya:

"Saya terkejut juga bila ramai yang melenting marah dengan saya kerana isu pegang tangan itu. 

"Saya akui memang ada pegang tangan dia, tetapi bukannya dalam keadaan terlalu mesra atau seperti pasangan kekasih. Ia berlaku cuma sekejap sahaja pun.

"Sejujurnya saya dengan Shah sudah lama berkawan baik dan hubungan kami sudah umpama adik-beradik. 


"Kebetulan pula kami selalu digandingkan bersama ketika berlakon dan kemesraan itu sekadar kawan sahaja. 

"Jadi saya rasa kelakar juga bila ada yang cuba menjadikan ia isu. Mungkin mereka tak tahu saya ini macam mana dengan Shah.

Tidak mahu perkara ini berlarutan, Uqasha Snerose telah memohon maaf sekiranya perlakuannya itu menimbulkan salah faham ataupun menyinggung mana-mana pihak.


Sumber : berita memey

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.