Terhangat

Nak Surprise Atok Di Tanjung Karang. Sekali Kami Pula Yang TERKEJUT Bila Jiran Bagitau

loading...
Nak Surprise Atok Di Tanjung Karang. Sekali Kami Pula Yang TERKEJUT Bila Jiran Bagitau | Ada satu kisah yang aku nak kongsikan dengan pembaca FS kali ni memandangkan kadang-kadang aku layan la jugak baca kisah seram kat sini dan rasa terpanggil nak kongsi satu cerita ni dengan korang. Kisah ni dilalui sendiri oleh keluarga aku.
Kami ni tiada kampung jadi rumah pakcik nenek aku (kira macam atuk sedara aku la) yang terletak di Tanjung Karang tu la satu-satunya tempat yang kami boleh anggap kampung kami. Jadi dah menjadi kebiasaan nenek aku dan pakcik makcik aku untuk ziarah ke sana sekali sekala.
Satu hari ni, nenek aku ke Tanjung Karang bersama Pakngah, Makngah dan Cik Quza aku konon-konon nak surprise kan atuk sedara aku la kan. Nak dijadikan cerita, aleh-aleh dorang plak yang kena surprise dengan atuk sedara aku tu. Sampai-sampai je rumah tu, bagi salam dan panggil banyak kali tak ada suara yang menyahut. Nak taknak, Cik Quza aku call la atuk sedara aku tu. Atuk sedara aku jawab panggilan dan memberitahu Cik Quza yang dia ke kebun dengan isteri, meracun rumput. Jadi, dia suruh tunggu sementara di rumah jiran hingga dia balik memandangkan agak lama lagi.
Tak lah nak malu sangat tumpang rumah jiran memandangkan nenek aku memang kenal sangat dengan jiran-jiran di situ memandangkan nenek aku membesar kat situ kan. Jarak antara rumah agak jauh tapi masih boleh nampak antara satu sama lain. Memandangkan jiran terdekat di bahagian simpang jalan pun tiada di rumah, rumah jiran terdekat satu lagi jadi pilihan..eh ehhh terpaksa jadi pilihan.
Mesti ramai tertanya-tanya kenapa aku sebut terpaksa kan kan kan? HAAAni la aku nak cerita ni. Pemilik rumah tu namanya Wak Misnan. Dari dulu lagi semua orang dah sedia tau yang Wak Misnan dan isterinya ada membela. Masa dengar cerita ni zaman aku kecik-kecik dulu, ada jugak aku pernah tanya pada nenek aku, kenapa orang tuduh Wak Misnan ni membela. Nenek aku cakap, selalu orang nampak dorang laki bini kat mana-mana, tapi kadang tu gelagat mereka aneh. Jalan menunduk dan hanya menjawab hmmm jika disapa. Selain itu, mereka juga tidak pernah ziarah mayat. Ada yang kata sebab ada pantang pasal orang membela ni tak boleh ziarah mayat. Ni semua aku tak pasti, aku kurang ilmu tentang ni.
Hahhhpanjang aku punya selok belok kan. Maaf la sebab aku memang kurang arif pendekkan cerita.
Ok, kita sambung masa nenek aku dan robongan mak jemahnya tiba di rumah Wak Misnan lewat petang tu. Kehadiran mereka disambut mesra oleh isteri Wak Misnan, Embah Buyut namanya. Kata Embah Buyut, Wak Misnan ke kebun dan mempersilakan keluarga aku masuk sambil dia ke dapur siapkan minuman. Pakngah aku macam biasa, dia tenang je seperti selalu. Isterinya, Makngah aku yang selalu mendakwa sering nampak benda-benda halus ni (sebab apa aku tak boleh cerita kat sini kalau tak jadi 100 m/s nanti admin blok aku plak..haha) pun masih kelihatan tenang memandangkan dia tak tahu pasal cerita orang kampung. Kalau dia tahu, aku berani cakap dia takkan berani masuk rumah Wak Misnan sebab Makngah aku ni walau kerap nampak macam-macam, dia ni lemah semangat a.k.a penakut. Cik Quza aku tau, jadi dia cuba bagi isyarat pada nenek aku, bertanyakan tak apa ke?. Tapi malangnya Cik Quza aku, bila nenek aku buat isyarat tanda marah sebab Cik Quza aku tak patut cakap begitu.
Menyedari lama sangat Embah Buyut di dapur, nenek aku pun berjalan menuju ke dapur untuk membantu apa yang patut. Sambil tu, Pakngah aku dah terlena di kerusi panjang ruang tamu. Disebabkan taka da kampung dan sukakan rumah kampung, Cik Quza aku ni pun tertarik untuk menjenguk-jenguk rumah kampung Wak Misnan yang cantik ni.
Masa ingin menuju ke bahagian dapur, Cik Quza ternampak sebuah tangga yang menghubungkan rumah bawah dengan rumah pusaka bahagian atas di sisi kanan rumah Wak Misnan. Sedang Cik Quza membelek ukiran kayu tangga yang sangat halus berseni itu, tiba-tiba Cik Quza ternampak ada seorang perempuan serba putih namun seperti sedang memakai telekung menjengukkan kepalanya dari salah satu pintu bilik belah kanan di rumah bahagian atas. Perempuan itu hanya menjengukkan bahagian mukanya saja. Cik Quza cuba senyum kepada perempuan tersebut tapi senyumannya tidak dibalas.
Tanpa berfikir panjang, Cik Quza meneruskan langkahnya menaiki tangga untuk menjenguk-jenguk kecantikan rumah Wak Misnan di bahagian atas. Perlahan-lahan Cik Quza mengatur langkah, sementara perempuan itu kembali menjengukkan kepalanya di muka pintu bilik. Semakin tinggi anak tangga yang Cik Quza naik, raut wajah perempuan itu semakin bengis. Dari wajahnya menggambarkan yang sepertinya dia sedang benar-benar marah dengan tindakan Cik Quza.
Tiba-tiba, Quza!! Makngah cuba menyentap tangan Cik Quza yang sebelah masih memegang kayu tepi tangga sambil memberi isyarat jangan dengan menggelengkan kepalanya. Cik Quza tersentap dengan panggilan Makngah dan memandangkan perempuan tersebut masih sedang memandang dengan raut muka yang penuh marah, Cik Quza terus membatalkan hasrat untuk menjenguk rumah atas.
Cik Quza bersama Makngah kemudiannya terus ke dapur memandangkan Embah Buyut dan nenek aku terus sedap mengeteh. Lupa agaknya nak bawa hidangan ke depan memandangkan tengah sedap bersembang kan. Cik Quza dan Makngah pun join mengeteh sekali di dapur memandangkan Pakngah masih nyenyak, tak ada tanda-tanda nak bangun mengeteh sama.
Baru-baru saja kedua mereka melabuhkan punggung ke lantai, kebetulan nenek aku mengajukan soalan kepada Embah Buyut sama ada dia hanya tinggal seorang di rumah sekiranya Wak Misnan ke kebun. Jawab Embah Buyut, dia memang HANYA TINGGAL SEORANG jika Wak Misnan ke mana-mana memandangkan anak tunggalnya bertugas sebagai guru di Sarawak. Mendengar penjelasan Embah Buyut, kedua Makngah dan Cik Quza aku mula gelisah dan percubaan mereka untuk memberitahu sesuatu kepada nenek aku waktu tu di rumah Embah Buyut, tidak berjaya.
Lebih menakutkan kedua mereka, apabila perasan yang sejak dari awal menjemput mereka masuk ke rumah, Embah Buyut sedikitpun tidak pernah memandang tepat ke mata mereka apabila bercakap walaupun ketika mukanya dinaikkan, anak matanya tetap merewang ke bawah atau ke tempat lain. Hal ni aku pernah jugak dengar yang orang kata, orang membela memang takkan pandang tepat ke mata orang lain. Sebab apa, aku pun tak tau.
Betul ke tidak pun aku tak pasti.
Sedang masih di dapur, dengar bunyi hon motor dipicit beberapa kali dari luar. Kelihatan atuk sedara aku dah balik menunggang motor bersama isterinya. Cik Roza terus mengangkat dulang dan cawan untuk dicuci. Setelah siap, Makngah mengejut Pakngah yang masih lena tak terjaga dek bunyi hon motor tadi. Setelah nenek mengucap terima kasih dan bersalam dengan Embah Buyut, Cik Quza dan Makngah pun menurut dalam ketakutan hingga tergagap-gagap mengucap terima kasih kepada Embah Buyut dan memohon maaf jika menyusahkan sebelum semuanya beredar ke rumah atok sedara aku tu.
Ketika di rumah atuk sedara aku, Cik Quza dan Makngah menceritakan kejadian yang berlaku kepada mereka. Makngah memberitahu yang dia menyentap tangan Cik Quza dan menghalang Cik Quza untuk naik ke atas kerana merasakan sesuatu yang tidak kena pada perempuan yang mereka lihat itu. Rautnya begitu menakutkan namun kedua mereka tidak pasti siapakah sebenarnya perempuan marah itu memandangkan Embah hanya SEORANG!
Selepas mendengar cerita itu, atuk sedara aku pun mengiyakan bahawa memang tak ada orang lain melainkan mereka berdua di rumah. Berkemungkinan besar yang dilihat oleh Cik Quza dan Makngah itu adalah makhluk lain yang turut selalu dilihat oleh orang-orang kampung apabila melalui kawasan rumah Wak Misnan. Nenek aku tak cakap banyak melainkan sound Cik Quza aku sikit sebab katanya tak elok menjenguk-jenguk bila ziarah ke rumah orang. Nenek aku win. Ada betul nasihat dia kan.
Sejak tu, atuk sedara aku pesan, kalau nak datang pastikan hubungi dia terlebih dahulu bagi mengelakkan perlu tumpang lama di rumah Wak Misnan, Embah Buyut dan..ehem-ehem mereka. Tapi tak ada sapa pun yang berani balik rumah atuk sedara aku tanpa maklum terlebih dahulu selepas kejadian tu.
Aku harap semua yang sudi baca sampai tahap ni puas hati dengan cerita aku. Kalau tak menarik cara penulisan, maafkan aku sebab ni first time aku menulis cerita selain buat assignment yang berlambak masa study dulu. Aku harap ada pengajaran yang kita boleh ambil dari cerita kali ni. Tapi, sama ada benar atau tak mereka membela, wallahualam.
Hahhhh sebelum lupa nak bagitau, nama yang aku guna semua nama samaran cumanya pangkat dalam keluarga dan lokasi kejadian adalah benar. Aku ada cerita lagi pasal rumah atuk sedara aku ni, kalau admin izinkan, dan kalau pembaca sudi nak baca cerita aku lagi, nanti baru tulis ok. Tata


Sumber : brodespatch
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.