loading...
SICHUAN, CHINA - Rasa curiga terhadap suami yang kerap menghilangkan diri selama beberapa jam setiap minggu tanpa menghubungi isterinya mendorong wanita itu mengambil inisiatif untuk menyiasat gerak geri suaminya, lapor Mirror.
Si isteri meminta ibu dan ibu saudaranya mengekori lelaki itu yang dilihat pergi ke sebuah rumah flat kecil yang menempatkan kekasih gelapnya selama ini.
Ketiga-tiga wanita itu kemudian menyerbu masuk kediaman tersebut dan mendapati lelaki itu sedang berasmara dengan kekasih gelapnya.
Berang melihat wanita muda itu, si isteri terus mengheret kekasih gelap suaminya yang hanya memakai baju dalam dan membawa beg tangan ke jalan raya.
Menurut individu yang merakam video tersebut, Chichi Chan berkata, "Tiada seorang pun yang bersimpati dengan dia yang kantoi menjalinkan hubungan seks dengan suami orang.
"Dia sendiri menerima hukuman itu kerana dia tahu apa yang dia buat itu salah.
"Ini juga sebagai amaran kepada orang lain agar tidak melakukan perbuatan seperti ini. Mereka sepatutnya takut dengan kesan dari perbuatan yang tidak bermoral ini," katanya. - The Reporter
loading...
0 comments:
Post a Comment