Terkini

Van Sekolah Dah Jadi Tin Sardin, Sumbat 74 Murid Dalam Van

loading...

Seorang pemandu di China ditahan kerana memandu secara bahaya dengan 'menyumbat' 74 murid tadika di dalam van dipandunya selain tidak memiliki lesen untuk memandu bas sekolah.

Memetik Mail Online, jurucakap polis mengatakan van yang hanya boleh memuatkan 19 penumpang dewasa itu juga membawa seorang guru wanita, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan penumpang termasuk pemandu seramai 76 orang.

Kejadian yang berlaku di wilayah Henan pada pagi Isnin (20 Mac) itu dimaklumkan polis menerusi aplikasi WeChat pada 23 Mac.

Rakaman kejadian itu menunjukkan kanak-kanak yang merupakan murid di sebuah tadika tempatan berbaris bagi memudahkan polis mengira jumlah mereka. 

Polis juga mendapati van itu milik sekolah tadika berkenaan, namun tidak didaftarkan sebagai bas sekolah.

Terdahulu, lapan kanak-kanak bersama tiga dewasa mati lemas selepas sebuah bas sekolah lebih muatan terhumban ke dalam kolam di wilayah Hunan.


Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.