loading...
1. Kota Agdam (Azerbaijan): Ditinggal Akibat Tempias Peperangan
Bandar besar Agdam di Azerbaijan adalah salah satu kota besar yang populasi penduduknya pernah mencapai 150,000 orang. Namun populasi kota ini kemudiannya berkurang pada tahun 1993, kesan daripada perang Nagorno Karabakh. Walaupun kota ini tidak menjadi pengkalan bagi peperangan, namun kota ini tetap mengalami kesan dari perang tersebut. Pemberontak Armenia menceroboh dan merosakkan bandar tersebut. Bangunan-bangunan yang dirosak akhirnya ditinggalkan, hanya tinggal masjid-masjid yang masih teguh berdiri. Penduduk Agdam sendiri sudah berpindah ke negara lain seperti Iran.
2. Varosha (Cyprus) : Dibiarkan Usang Setelah Dijajah
Varosha adalah sebuah daerah yang tidak diakui oleh Republik Cyprus Utara. Hampir selama 34 tahun kota tersebut dibiarkan dan tidak ada pembaikan dilakukan. Perlahan – lahan bangunan dikawasan tersebut hancur, besi mulai berkarat, jendela mulai pecah, dan akar-akar tumbuhan menembusi dinding dan bumbung.
3. Kowloon (Hong Kong) : Tiada Undang-undang Dilaksanakan
Bandar besar Kowloon yang terletak di luar Hongkong, China. Populasi yang tidak terkawal, bangunan yang sangat tinggi sehingga cahaya matahari tidak dapat menembusi bandar tersebut, menjadikan bandar ini menakutkan. Seluruh kota ketika malam disinari dengan lampu neon dan dipenuhi dengan rumah pelacuran, kasino, dadah dan kilang – kilang rahsia yang tidak diketahui oleh pihak berkuasa
4. Kadykchan (Rusia) : Jatuh Bersama Soviet Union
Kadykchan merupakan salah satu kota kecil di Rusia yang hancur semasa jatuhnya Soviet Union. Penduduk Bandar itu keluar dari kota itu dalam jangka waktu 2 minggu, untuk tinggal di kota lain dan berpindah ke rumah baru. Bandar dengan penduduk sekitar 12.000 orang yang rata-rata berkerja sebagai pelombong bijih timah ini meninggalkan rumah mereka dengan segala perabot dan barang – barangan perhiasan rumah mereka.
5. Pulau Gunkan Jima (Jepun): Pernah Menjadi Pulau Terpadat Di Dunia
Pulau ini adalah salah satu dari 505 pulau tak berpenghuni di Nagasaki. Dan jaraknya sekitar 15 kilometer dari Nagasaki. Pulau ini dikenal sebagai “Gunkan Jima” atau pulau kapal perang. Pada tahun 1890 ketika suatu syarikat perusahaan telah membeli pulau tersebut dan membangunkan projek untuk mendapatkan arang batu dari dasar laut di sekitar pulau tersebut.
Ketika minyak tanah menggantikan arang batu tahun 1960, harga arang batu mulai merudum, tidak terkecuali di Gunkan Jima. Pada tahun 1974, Mitsubishi secara rasminya mengumumkan penutupan perusahaan tersebut, dan akhirnya mengosongkan pulau tersebut.
6.Oradour Sul Glance (Perancis): Kekejaman Perang Dunia II
Perkampungan kecil Oradour Sul Glane di Perancis ini mempunyai imej yang sangat mengerikan. Selama perang dunia ke II, 642 penduduk dibunuh oleh tentara Jerman sebagai bentuk balas dendam keatas apa yang dilakuan Perancis waktu itu. Jerman yang waktu itu sebenarnya berniat menyerang daerah di dekat Oradour Sul Glane tetapi rancangan mereka berubah dengan menyerang perkampungan kecil tersebut pada tanggal 10 Jun 1944.
7. Craco (Itali): Kota Zaman Pertengahan
Terletak di daerah Basilicata dan Wilayah Matera sekitar 25 batu dari teluk Taranto. Bandar zaman pertengahan ini mempunyai kawasan yang berbukit – bukit dan ladang pertanian gandum.
Antara tahun 1959 dan 1972 Craco kerap dilanda bencana gempa bumi dan tanah runtuh. Pada tahun 1963, penduduk sekitar diarahkan untuk berpindah. Sehingga sekarang, bandar ini masih ditinggalkan.
8. San Zhi (Taiwan): Tempat Peranginan Yang Futuristik
Disebelah Utara Taiwan, terdapat sebuah kawasan yang futuristik dibangunkan yang akan menjadi tempat peranginan yang mewah bagi orang kaya. Setelah terjadi banyak kecelakaan yang dahsyat semasa proses pembinaaan, akhirnya projek tersebut dihentikan. Sehingga sekarang, kawasan ini masih tidak berpenghuni.
9.Prypiat (Ukraine): Rumah Pekerja Loji Nuklear Chernobyl
Kawasan ini menjadi bandar mati sejak terjadinya bencana nuklear Chernobyl yang meragut hampir 50,000 nyawa. Sejak dari kejadian tersebut, lokasi ini dijadikan sebuah muzium, yang menjadi sebahagian dari lipatan sejarah Soviet
10. Kolmanskop (Namibia): Dikubur Dalam Pasir
Pada tahun 1908, Luderitz menjadi tempat pengeluaran berlian. Dalam masa dua tahun, bandar ini berkembang menjadi maju dan pesat. Namun, sejak perang dunia pertama bermula, jual beli berlian menjadi terhenti. Ini merupakan titik berakhirnya hayat Bandar ini. Pada tahun 1950, kota ini mulai ditinggalkan.
Sumber : kaki share
Sumber : alamviral
loading...
0 comments:
Post a Comment