Terkini

"9 Jam Kakak Dalam Dewan Bersalin, Ibu Enggan Melawat Kerana Terkilan Sikap Kakak"

loading...

Saat menaip luahan perasaan ini, aku rasa amat sedih mengenangkan yang aku punya seorang kakak yang sangat selfish.

Bukan untuk membuka pekung di dada. Tapi hanya meluahkan rasa menjadi seorang adik. Kadang tu cemburu bila rakan2 lain bercerita tentang kakak mereka yang pemurah, yang protective, yang bersikap betul2 seperti seorang kakak.

Kakak anak sulung. Sudah berkahwin dan punya 3 orang anak. Untung si kakak ni, kasih sayang dari mak ayah dan datuk nenek lebih tertumpu kepadanya. Kenapa aku kata begitu?

"Nenek Sayangkan Kakak Lebih"

Kalau ke supermarket, nenek selalu belikan makanan yang kakak dan anak2 nya suka(Nenek berusia 70++ dan tinggal bersama kami). Kakak dah 30 lebih, punya gaji yang tetap, malahan boleh dikatakan tinggi juga gajinya. Tapi setiap kali tu juga nenek akan sibuk belikan makanan kesukaan dia dan anak2nya.

Setiap kali datang ke rumah, kakak jarang membawa buah tangan. Alih2 dia yang bawa balik buah tangan (brg yg dibeli oleh nenek) ada lah. Seperti yang kita maklum, ibu bapa atau orang tua kan suka kalau kita bawakan sesuatu untuk mereka. Tapi ini terbalik.

Pernah sekali kakak ikut kami bercuti. Kami sewa homestay. Sampai2 je di homestay tersebut, terus kakak cari bilik master bedroom yang ada aircond tanpa bertanya pada ibu bapa dan nenek samada mereka nak tidur di bilik yang mana. Walhal dia tak bayar 1sen pun untuk percutian tersebut.

Begitu juga ketika bercuti ke luar negara, duitnya telah kehabisan. Jadi dia pinjam duit nenek. Nenek mudah kasihan. Jadi nenek beri semua baki duit yang ada. Alih2 nenek pula yang kehabisan duit.

"Tak Jemput Ke Rumah Baru"

Aku sudah bekerja. Selalunya bila dapat gaji hujung bulan, aku akan membeli barang dapur bagi menolong ibu bapa. Tak banyak, dalam rm150-rm200 akan dibelanjakan.(Aku masih duduk dengan ibu bapa). Alih2 barang yang aku beli, dengan selambanya dihabiskan oleh kakak dan anak2.

Aku bukan berkira. Cumanya bila kita sahaja yang penat2 tolong ibu bapa atau orang tua ke sana ke sini, kita sahaja yang keluar duit, tapi sudahnya dia datang lenggang kaki sahaja. Orang kata perabis beras je

Masa mula2 kakak nak pindah keluar dari rumah(suami berjaya beli rumah pertama), malam tu juga dia packing barang dan letakkan di ruang tamu bawah.

Tanpa berbincang apa2 dengan ibu bapa. Nak pindah bila, di mana, tak diceritakan pun pada ibu bapa. Masa pindah kan kebiasaannya orang akan buat makan2 doa selamat. Tak dijemput pun kami sekeluarga. Aku pun tak tahu apa dalam fikiran kakak.

"Jangan Kedekut Dengan Ibu Bapa"

Pernah sekali sewaktu kakak nak melahirkan anaknya, masa tu 2minggu lepas raya. Kakak masih tak datang ke rumah kami untuk beraya terutama untuk meminta maaf dengan ibu bapa.

Tepat raya ke7 barulah kakak datang. Ibuku pada masa itu amat terasa dengan sikap kakak. Yelah, anak sulung xdatang jenguk pun masa raya. Siapa tak sedih kan?

Tiba saat nak melahirkan, bayi dalam kandungan hampir mati kelemasan. 9jam di dalam dewan bersalin. Ibuku tak mahu melawat kerana masih terkilan dengan sikap kakak. Namun, abangku berterusan memujuk ibuku untuk memaafkannya. Syukur, ibu lembut hati. Ibu buat solat hajat, terus baby keluar.

Mungkin cukup setakat ini. Aku doakan kakak akan berubah. Aku tak kisah andai dia selfish denganku. Tapi jangan bersikap sedemikian dengan ibu bapaku dan datuk nenekku. 



Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.