Terkini Viral

"Pembunuh Arwah Zulfarhan Wajar Dikutuk Dan Dihina Selamanya Walau Nanti Jasad Mereka Dah Jadi Makanan Cacing" - Ulas Netizen

loading...


Sedih , marah ,geram dan pelbagai emosi yang ada sekarang ini terhadap pembunuh arwah Zulfarhan yang meninggal pada 1 Jun lalu kerana dibuli dan ditekap dengan seterika wap sehingga menyebabkan kematian ( 3rd degree burn )

Kes ini masih dalam perbicaraan mahkamah . Namun netizen masih tidak berpuashati seandainya mereka terlepas dari dikenakan hukuman yang setimpalnya atas apa yang dilakukan .

Tersiar satu coretan yang mengharapkan kes ini dapat diadili agar ia menjadi satu peringatan .

PEMBUNUH ZULFARHAN WAJAR DIKUTUK DAN DIHINA

Ini adalah posting eksklusif untuk MENGUTUK dan MENGHINA pembunuh yang menyiksa Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain dengan seterika panas.

Sebetulnya saya musykil kenapa kawan kawan pembunuh Zulfarhan beria ria mempertahan dan membela pesalah pesalah ini. Sampai guna agama untuk membela PEMBUNUH.

Saya faham semangat setiakawan UPNM dan segala bagai tu. Cubit peha kanan peha kiri pun terasa. TAPI KAWAN KAWAN ANDA INI PEMBUNUH, guys! Kalau nak tunjuk semangat setiakawan banyak lagi caranya. Boleh buat study group, bantuan kewangan, pinjam maggi. Tapi ini kes bunuh.

Alangkah bodohnya bila pelajar universiti berprestij seperti UPNM tak tahu bezakan antara semangat setiakawan dan menyokong PEMBUNUH.

Aku tak nampak yang sokong pembunuh Zulfarhan sebut pasal kesengsaraan ibubapa Allahyarham yang kini kehilangan anak harapan keluarga. Yang aku nampak, banyak replies bodoh yang sebut 

"Kesianlah ibubapa pesalah tu. Kenalah jaga hati mereka. Itu aib keluarga".

Bullshit.

Ibubapa pesalah itu punyai masa untuk terima hakikat bahawa anak mereka terlibat dalam salah satu pembunuhan yang paling kejam di Malaysia.

Sedangkan ibubapa Allahyarham Zulfarhan kehilangan anak DENGAN TIBA TIBA. Dengan kejam. Dengan badan terbakar. Mengalami siksa sebelum mati.

Sebanyak mana saya bersimpati dengan ibubapa pesalah tersebut, itu adalah hakikat hidup yang mereka perlu terima. Anak mereka pembunuh. Jadi tak perlulah reply mengarut dengan tweet seperti 

"kesian nanti mak bapak pesalah tu baca IG anak mereka, tengok penuh makian".

Semangat setiakawan mengarut yang ditunjuk dak dak UPNM dengan menyokong pembunuh memberi persepsi bahawa fokus hidup anda tak betul. Anda boleh bersimpati dengan rakan anda. Tapi jangan hipokrit, rakan anda membuat pilihan salah untuk membunuh Zulfarhan. Jadi tanggunglah.

Apa ni? Belajar uni berprestij seperti UPNM tapi tak tahu beza antara kes pembunuhan kejam dengan semangat setiakawan. Apa hang belajar?

Dalam hidup, ada kesalahan yang anda boleh betulkan. Tapi ada juga kesalahan yang anda tak boleh undo. Anda kena hidup dengan kesalahan tadi.

Pembunuh WAJAR DIKUTUK dan DIHINA selamanya walau nanti jasad mereka dah jadi makanan cacing dalam kubur (2017)

Fb : Asrul Muzaffar Mohamed


www,kakishare.my



Sumber : kaki share

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.