Terkini Viral

'Paraben Bahan Kimia Pembunuh Dalam Senyap' Wanita Kongsi Punca Kematian Ibu Sahabatnya Kerana Kanser Payudara

loading...
Tidak dapat tidak kita melarikan diri dari menggunakan bahan kimia dalam seharian . Samada kita sedari atau tidak , kebanyakkan produk kosmetik hari ini mengandungi bahan kimia yang boleh membunuh dalam senyap .

Menerusi perkongsian seorang wanita yang mana sahabatnya baru sahaja kehilangan ibunya akibat kanser payudara .

Ikuti perkongsiannya :



BUNUH DALAM SENYAP

Semalam ada kawan kak ekin baru je kematian ibunya akibat dari kanser payudara. Dan 2 minggu lalu, ex-officemate dah dipotong payudara nya kerana kanser. 😢

Hati kak ekin mula rasa bimbang. Lantas kak ekin terus buat kajian untuk cari punca kanser. Nahhh..hasil dari carian blog Dr Zubaidi mengatakan 99% sampel tisu yang diambil dari pesakit kanser mengandungi Paraben!

Bukan Paraben sahaja bahkan ada family of paraben yang lain juga :


Hurmmm..kak ekin dah start berpeluh. Terus mencari lagi info apekebenda nya paraben tu? 🤔

Paraben ni sejenis bahan pengawet yang sering digunapakai oleh kilang dalam menghasilkan barangan kosmetik dan alat penjagaan diri kerana ianya jauh lebih murah dan mudah.

Rupanya kebanyakkan barang penggunaan seharian seperti pencuci muka, sabun, toner, feminin wash, syampu, minyak rambut, losyen, deodorant dan sebangainya mengandungi Paraben. Tak kesah la nama dia methylparaben ke ethylparabel ke atau propylparaben..tu sume adalah sejenis paraben.

Ini adalah sangat serammmm..! Lagi seram dari layan cite fiksyen syasya hokey. 🤧

Bagaimana Paraben boleh tercetusnya Kanser?


Paraben ni dapat meningkatkan kadar estrogen dalam darah. Disebabkan penghasilan estrogen yang tidak normal, maka ianya boleh mengakibatkan kanser payudara.

Walaupun kandungan paraben dalam penghasilan produk telah mengikut garis piawaian selamat yang dikeluarkan oleh KKM. Tetapi dengan penggunaan beterusan bagi jangka masa panjang mampu menjadikan wanita menghidapi kanser payudara.

Paraben bukan je merangsang kanser payudara tauu. Malah dapat menggangu kesuburan lelaki, risiko sakit tiroid, anak kecil akil baligh lebih cepat dari waktunya dan menyebabkan reaksi alergi dan ruam.

Oleh itu kak ekin nak pesan berhati-hati lah dalam memilih barangan yang dipakai. Cari kandungan yang bebas dari Paraben.

Kak ekin memang faham ajal maut cara kematian tu semua di tangan tuhan. Tapi awak pun kena la berusaha cari produk yang tidak berbahaya. Jangan menzalimi diri hanya sebab awak nak cantik dengan cepat.

So sayangi lah diri ANDA gais! 😘

Much Love,
Kak Ekin


www.kakishare.my

___________________________________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :



Sumber : kaki share

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.