loading...
Apabila wanita sedang berada di luar bersendirian, mereka selalunya akan lari ke tandas perempuan jika merasa terasa diri mereka di ekori ataupun tidak berasa selamat. Ini kerana mereka menganggap lelaki gila seks ini tidak akan masuk ke tandas perempuan.
Tetapi pada masa sekarang, tidak ada tempat yang selamat untuk wanita walaupun tandas wanita. Sebuah video telah menjadi viral di media sosial yang menjadi bualan hangat netizen.
Menerusi video tersebut, seorang wanita dilihat dipapah oleh wanita lain dan juga pengawal keselamatan keluar dari sebuah bilik tandas dan sedang menangis teresak-esak. Ketika video tersebut dirakam, seorang lelaki dilihat ditahan di atas lantai dengan keadaan berbogel.
Orang ramai yang dilihat dalam video tersebut berbahasa Mandarin, tetapi lokasi sebenar kejadian tidak dapat dikenal pasti. Netizen membuat andaian kejadian tersebut bukan berlaku di Malaysia kerana amat jarang kaum Cina menjadi pengawal keselamatan.
'Dia tu muda dan dia melakukan perbuatan terkutuk macam ni' kata seorang netizen. Malah seorang netizen menganggap 'cubaan merogol' itu mungkin adalah palsu kerana mereka mungkin bercadang melakukan hubungan seks di dalam tandas tersebut tetapi 'kantoi' dan mereka berpura-pura seperti dirogol kerana tangisan wanita tersebut seperti sengaja dibuat-buat.
Wanita sekarang ini sering menjadi sasaran penjenayah oleh itu, kaum wanita hendaklah lebih berhati-hati sekiranya berada di luar seorang diri. - www.kakishare.my
___________________________Sumber : kaki share
Sumber : alamviral
loading...
0 comments:
Post a Comment