Terkini Viral

"Saya Enggan Berpisah Dengan Dia" - Baca Luahan Hati Bella Astillah Yang Menyayat Hati Ini

loading...

Susulan kes Alif Aziz yang terkantoi berpimpin tangan bersama seoarang pelakon baru di sebuah pusat karaoke semalam menjadi bualan hangat netizen Malaysia. Ianya amat mengejutkan kerana isteri Aliff Aziz, Bella Astillah baru sahaja melahirkan anak mereka dan masih lagi dalam keadaan berpantang. 

Bagi Bella, dia tidak mahu dibuai perasaan marah walaupun rata-rata netizen meninggalkan komen yang cukup sarat dengan emosi. Menurut beliau, Bella tidak mahu terlalu mengikut emosi kerana tidak mahu anak yang baru dilahirkan itu tidak mempunyai bapa sekiranya menurutkan  rasa amarah terhadap perbuatan suaminya itu sendiri. 

“Kalau tanya soal hati, memang saya begitu terluka. Namun, saya melahirkan zuriatnya. Rumah tangga kami pun masih baru dibina. Saya harap ada jalan penyelesaian terbaik dalam hal ini. Selagi boleh dipertahankan, akan saya lakukan"

Dalam temubual bersama Harian Metro semalam, laporan polis yang dibuat bukanlah niatnya untuk memburukkan suaminya sendii tetapi kerana rumah tangganya di ganggu oleh wanita lain. 

"Tujuan saya report polis bukan nak kata saya kena belasah oleh suami, tapi niat saya nak kemukakan rumah tangga saya dikacau oleh wanita itu. Bukan saya nak cakap suami saya jahat" katanya lagi. 

Semoga Bella dan Aliff dapat menyelesaikan masalah rumah tangga yang dihadapi oleh mereka. Lumrah dalam perkahwinan mesti ada badai yang melanda. - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.