Terkini Viral

Warga Lelaki Yaman Ditahan Polis Kerana Langgar Peragut Sampai Mati Di Serdang

loading...

Malang sungguh buat peragut yang menemui ajalnya apabil mangsa yang diragut bertindak mengejar dan melanggar peragut tersebut dengan sebuah kereta di Seri Kembangan pada pagi awal Ahad. 

Mangsa seorang warga Yaman diragut ketika berada di sebuah restoran. Kejadian yang berlaku kira-kira 3.30 pagi Ahad dimana peragut tersebut telah melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal. Mangsa telah mengejar suspek sejauh 3 kilometer. 

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin dalam satu kenyatan berkata: “Apabila  tiba di persimpangan lampu isyarat di Pangsapuri One South, mangsa ragut yang berusia 20-an telah bertindak melanggar motosikal suspek.


“Akibatnya suspek maut ekoran kecederaan parah di kepala dan beg kepunyaan mangsa yang diragut juga dijumpai pada suspek,”

Hasil siasatan awal, peragut tersebut mempunyai rekod jenayah yang lampau. Mayat peragut telah dibawah ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala mangsa ragut warga Yaman itu telah direman untuk membantu siasastan. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.